BAB 25

5.9K 176 9
                                    

Hari yang ditunggu buat Arfan telah tiba. Walid dan umminya telah berangkat ke rumah Ezra untuk mengikat tali pertunangan.

Tiga hari yang lepas, walid dan umminya telah pergi ke rumah Ezra dan dalam perbincangan tersebut masing-masing telah bersetuju untuk mengikat pertunangan selama 2 bulan.

Aleesa yang lalu di ruang tamu terus terhenti apabila melihat Arfan tersenyum seorang diri.

"Amboi senyum lebar nampak!?" Tegur Aleesa.

"Allahuakbar adik! Terkejut angah. Cuba bagi salam ke ape ke.." Jawab Arfan.

"Tahu laa orang tu makin bahagia. Dah habis master and then terus kahwin..."

"Bia laaa. Daripada asyik terus lonely hahahaha." Sindir Arfan.

"Nak menyindir ke apa nii."

"Wekkk.. Adik tak pergi kerja ke? Dah nak pukul 9 ni?" Soal Arfan.

"Tak nampak ke adik nak pergi kerja ni."

"Yelaa adik. Hati-hati bawa kereta tu."

"I know. Bye assalamualaikum..." Pamit Aleesa lantas berjalan meninggalkan Arfan keseorangan di ruang tamu.

Sampai di hospital sahaja, Aleesa ditegur oleh Wais.

"Morning Dr. Aleesa.." Tegur Wais.

"Morning too Wais."

"Happy nampak pagi ni?" Kata Wais sambil berjalan beriringan bersama Aleesa.

"Aikk salah ke saya happy?"

"Tak salah, saya just tanya je kan."

"Hehehe, saya happy sebab angah bertunang hari ni." Ujar Aleesa dengan nada yang gembira.

"Lahh yeke? Kenapa laa Apan tak cakap dengan saya ekk? Ishh dia nii."

"Yuppp, hahaha dia lupa kott..."

"Aleesa?" Panggil Wais.

"Yes, why?"

"Ermm nothing. Sorry I got to go." Kata Wais lalu beredar dari situ.

"Aikk tadi macam nak cakap something dia ni. So weird!" Bebel Aleesa dalam hati.

Sudah sebulan Aleesa bekerja di hospital ini, hubungan dia bersama Wais semakin rapat.

"Wais kau tak boleh campurkan hal peribadi dengan waktu kerja!" Ujarnya dihadapan cermin tandas.

Sebenarnya dia pergi ke tandas selepas meninggalkan Aleesa keseorangan sewaktu mereka berjalan bersama.

"Wais sampai bila! Sampai bila kau nak terus terang dekat dia!?" Wais meraup mukanya yang kian serabut.

Serentak itu pintu tandas terbuka.

"Erkk are you okay doctor?" Soal cleaner yang ingin membersihkan tandas.

"Ermm I'm okay, don't worry." Jawabnya lalu segera keluar dari tandas.

"Tu laa kau meroyan lagi. Kan dah tanggung malu.." Rungut Wais dalam hati lalu segera menapak ke bilik kerjanya.

Aleesa yang sedang sibuk menyemak fail-fail pesakit yang perlu berjumpanya untuk temu janji yang telah direkodkan olehnya.

Sedang dia ligat menyemak fail tersebut, pintu biliknya diketuk dari luar.

"Tokk tokk tokk.."

"Yes, come in." Balas Aleesa dari dalam.

Terjengul wajah Wais dari pintu bilik Aleesa.

"Ouhh Wais, duduklah." Pelawa Aleesa.

"Aleesa jom lunch?" Ajak Wais dengan selambanya.

Doktor Itu Suami AkuWhere stories live. Discover now