Setengah jam pemanduan, akhirnya mereka bertiga sampai ke rumah.
Kereta Porshe milik Arfan elok masuk di perkarangan rumah dan diparkir di sebelah Audi milik Aeiman.
"Alongg!" Jerit Aleesa yang baru sahaja keluar dari kereta dan berlari mendapatkan Aeiman.
"Ehh budak bertuah ni. Malam-malam ni pergi main jerit-jerit pulak." Kata Puan Darina yang baru sahaja keluar dari kereta lalu melihat telatah Aleesa apabila berjumpa Aeiman.
"Adik, kan dah malam ni. Kalau ye pun excited sangat, jangan laa sampai menjerit. Apa pula jiran kata nanti." Nasihat Aeiman sambil memeluk Aleesa.
"Hehehehe maaf semua. Maklum rindu sangat dengan orang tu. Thats why laa sewel sikit otak adik."
"Yelaa dik. Ada je modal dia nak menjawab."
"Along, sihat?" Tegur Arfan sambil menyalami tangan Aeiman.
"Alhamdulillah sihat. Still hidup lagi." Balasnya.
"Erhhh, tak pedas laa along." Ujar Arfan sambil menajamkan anak matanya ke arah Aeiman.
"Ummi, rindunya along dekat ummi." Kata Aeiman lantas dipeluk dan dicium tubuh Puan Darina selepas bersalaman dengan Arfan.
"Ye along. Ummi pun rindu jugak. Dah jom la masuk." Arah Puan Darina.
"Fine kene palau.!!" Keluh Arfan.
Mereka berempat masuk ke dalam rumah sambil gelak ketawa melihat muka Arfan yang masam mencuka itu setelah tidak dilayan oleh Aeiman.
"Ummi, adik masuk bilik dulu eaa, esok nak kerja. Hehehe," ujar Aleesa.
"Ye adik, pergilah. Ummi faham." Balas umminya.
"Selamat malam semua." Kata Aleesa lagi.
"Waalaikumsalam." Jawab Arfan selamba.
"Huhhhhh!" Keluh Aleesa lantas membuka langkah meninggalkan mereka bertiga sambil menghentakkan kakinya apabila menaiki tangga.
"Merajuk laa tu. Manja benor!!" Tambah Arfan lagi.
"Biarlah angah. Macam tak biasa pulak dengan perangai adik kamu yang manja tu." Sampuk umminya pula.
"Baiklah ummi. Ummi taknak masuk tidur sekali ke? Tak penat kah?" Soal Arfan.
"Haa ummi nak masuk tidur jugak laa ni. Penat tu tak usah dicakap. Tapi apa salahnya kalau kita penat menolong orang."
"Pergi laa ummi. Seharian ummi jadi ketua masak ye!? Uishh zappp habis ni." Sakat Arfan.
"Hahaha yelaa ,bye. Ummi masuk tidur dulu." Balasnya lalu beredar.
"Bye ummi." Jawab Aeiman dan Arfan serentak.
Wan Yusuf Ezriq tidak ada di rumah kerana outstation selama 2 minggu di Tokyo.
"Haa along nak cerita ape? Happy sangat ke news yang along nak cerita tu?" Kata Arfan lalu duduk mengambil tempat di sofa yang kosong itu.
"Bagi laa along duduk dulu. Kot ye pun amikkan laa along air ke?" Balas Aeiman.
"Haihh yelaa boss. Sekejap ye angah amikkan air." Arfan segera bangun menuju ke dapur untuk mengambil air.
Aeiman baru sahaja duduk di sofa yang terdapat di ruang tamu yang lebarnya seperti tiga bilik darjah yang digabungkan.
Tidak sampai 2 minit, Arfan kembali semula dengan menatang dua gelas yang berisi air oren diatas dulang.
"Bagus!" Celah Aeiman secara tiba-tiba.
YOU ARE READING
Doktor Itu Suami Aku
General FictionPertemuan yang amat singkat memberi impak yang besar bagi lelaki bernama Megat Uwais Iskandar untuk mengenali seorang gadis yang baru dikenali. Manakala bagi Wan Aleesa Uqasha adalah sebaliknya. Sebolehnya, dia tidak mahu bersemuka dengan lelaki te...