BAB 36

694 35 3
                                    

Saat Aleesa sedar daripada pengsannya, dia berada di bilik tidurnya. Diperhati sekeliling biliknya yang berwarna kelabu dengan pandangan yang lemah dan sayu. Aleesa teringat semula insiden yang berlaku.

"Ehh, adik dah sedar?" Tegur Arfan dan seterusnya mematikan lamunan Aleesa untuk kembali ke alam yang realiti.

Aleesa sekadar memberi senyuman paksa untuk memastikan dirinya okay dan tiada apa yang serius tentang diri.

"Bammmm!" Pintu bilik Aleesa ditolak kuat oleh satu figura yang cukup dikenali mereka.

"Adik ni kenapa lembik sangat eh? Memang suka ke orang pijak kepala diri tu? Tak berani nak melawan?" Nada suara Aeiman yang sedikit meninggi membuatkan Aleesa terkejut.

"Along sabar je dengan adik tapi benda ni dah melampau. You should know how to protect yourself, Aleesa Uqasha! And one more thing, how perempuan sewel tu boleh tahu rumah kita dekat mana?"

"Kalau yee pun, jangan lah nak tengking adik sampai macam tu sekali. Jangan disebabkan masalah kerja along, along terbawa-bawa emosi dengan keluarga sendiri." Tegur Arfan dengan sopan.

"Erghhhhh!" Aeiman merengus kegeraman sambil mengusutkan rambutnya.

"Ni ke along yang adik kenal? Mana janji-janji along dekat adik dulu. Along ingat adik nak ke jadi macam ni. You're not in my shoes, Aeiman Edzriq." Setitik demi setitik air mata Aleesa mengalir keluar.

Arfan dan Aeiman terpampang mendengar jawapan Aleesa.

Sudah dirinya menahan sakit akibat tamparan Bella, kini sakit menerima tengkingan daripada abangnya.

"Just leave me alone both of you." Pinta Aleesa sebelum memalingkan dirinya ke arah balkoni bilik.

"Okay, angah dengan along keluar dulu. Adik rehat dulu, anything just panggil angah okay?" Balas Arfan lalu menarik tangan Aeiman keluar dari bilik Aleesa.

"Along ni kenapa eh? Tak pernah-pernah along macam ni?" Soal Arfan kepada Aeiman setelah mereka berdua keluar dari bilik Aleesa.

"Apa yang kenapa pulak? Betul lah apa yang along cakap. Adik tu mengada lemah sangat jadi perempuan." Nada suara Aeiman yang cukup bengis bagi menjawab pertanyaan Arfan.

"Entah lah, angah pening dengan perangai along yang tiba-tiba je berubah jadi panas baran macam ni. Apa yang buat along berubah eh? Pelik! Dah lah angah rimas geram dengan along! Angah nak keluar, along tengok kan adik."

"Hmm keluar lah sana, taknak balik terus pun takpe! Ergggg serabut kepala aku!" Jawab Aeiman.

Arfan segera mengambil kunci keretanya dan keluar dari rumah banglo itu. Tasik yang berdekatan dengan rumah menjadi destinasinya. Tangan Arfan pantas mendail nombor seseorang.

Tett tett tett. Telifon Uwais berdering.

"Haa hello pan. Kenapa?" Soal Wais.

"Aku baru je cakap jangan heret perempuan silam kau hawau. Tengok lah apa jadi sekarang! Arfan menekankan suaranya kerana terbawa-bawa emosi selepas Aeiman menengking Aleesa.

"Jap jap, aku tak faham. Apa yang jadi?

"Perempuan sial tu tetiba masuk rumah aku then tampar Aleesa. Depan dua biji mata aku tau."

"Eh kejap, perempuan sial mana pulak ni?" Wais masih kebingungan.

"Kau punya ex tu lah."

"What?? Bella ke maksud kau?"

"Yee nok! Entah mana dia dapat alamat rumah aku lepastu serang adik aku macam tu je. Dasar!"

Doktor Itu Suami AkuWhere stories live. Discover now