Setelah seminggu terlantar di hospital, Aleesa dibenarkan pulang apabila keadaannya sudah pulih sepenuhnya.
Banyak juga karenah yang dilakukan oleh Aleesa sewaktu Wais menjaga nya di hospital. Wais terpaksa menggunakan taktik paksaan agar Aleesa cepat pulih.
Aeiman dan Arfan menjenguk Aleesa setiap hari setelah mereka menyelesaikan tugasan di pejabat.
Arfan sudah mula bekerja sebagai jurutera kimia di sebuah syarikat terkemuka sejak 3 hari selepas Aleesa dimasukkan ke hospital.
Dalam pada masa yang sama, iman Wais sedikit bergoncang akibat sikap Aleesa yang terlalu manja. Perasaan sayang terhadap Aleesa semakin membuak-buak.
Sedang Aleesa menunggu Aeiman menjemputnya pulang, dia ditegur oleh seseorang yang tidak dikenalinya.
"Err hai?" Sapa wanita itu.
Lantas Aleesa menoleh untuk melihat gerangan tersebut. Dia sedang mengawal riak wajahnya kerana wanita yang dihadapannya memakai pakaian tidak cukup kain.
"Ye haii?"
"Aleesa right?" Kata wanita tersebut.
"Ye saya.. Awak siapa eh?" Jawab Aleesa dengan penuh sopan.
"Saa..."
"Tuttt...tutttt..."
Iphone miliknya menjerit untuk diangkat.
"Ye along."
"Adik dekat mana ni? Along dah sampai dekat parking area lobi." Balas Aeiman dicorong panggilan.
"Ouh okay kejap, adik on the way ni."
"Haa yee, jangan lambat. Kalau tak along tinggal."
"Yeee... Bye."
"Bye."
Lantas Aleesa menamatkan panggilan dan mulai bersuara kepada wanita itu.
"Sorry i got to go, bye." Laju sahaja Aleesa menapak pergi kerana teruja ingin pulang ke rumah.
So kau laa Aleesa yang Eirfan sayang sangat tu. Just wait Aleesa, aku akan buat hidup kau merana. Disebabkan kau, Eirfan tinggalkan aku and disebabkan kau dia meringkuk dalam penjara. Bisiknya dalam hati.
Masuk sahaja ke dalam kereta, Aleesa menghulurkan tangan untuk menyalami Aeiman.
"Adik berbual dengan siapa tadi?"
"Haa?" Jawab Aleesa.
"Haa pulak. Adik berbual dengan siapa masa tunggu along?"Aeiman menekan minyak dan bergerak keluar dari perkarangan hospital.
"Ouhh orang tadi tu ke? Along nampak ke?"
"Berapa banyak ke ekk. Nampak laa adik ku sayang. Takde laa jauh mana along park kereta."
"Entah laa along, adik pun tak kenal dia." Kata Aleesa dengan jujur.
"Aikkk? Kayak mana.."
"Kayak gitu laa, HAHAHAHA."
"HAHAHA, then??"
"Then what?"
"Ehh along tanya dia, dia tanya kita pulak. Bual apa je?"
"Hehehe takde laa bual jauh mana.. Just..."
"Just what..?" Potong Aeiman.
"Just yang peliknya how can she know my name." Jujur Aleesa untuk kali kedua.
"I see... Dah laa takpe jangan risau and tak payah fikir dah. Adik kan baru je keluar hospital, so you should rest okay baby girl?"
"Okay along." Aleesa mengangguk dan memikirkan kata-kata Aeiman sebentar tadi.
YOU ARE READING
Doktor Itu Suami Aku
General FictionPertemuan yang amat singkat memberi impak yang besar bagi lelaki bernama Megat Uwais Iskandar untuk mengenali seorang gadis yang baru dikenali. Manakala bagi Wan Aleesa Uqasha adalah sebaliknya. Sebolehnya, dia tidak mahu bersemuka dengan lelaki te...