Aeiman dan Arfan melangkah masuk ke dalam bilik Aleesa. Kelihatan adik perempuan mereka tidur dengan lena.
Semasa dalam perjalanan ke hospital, Aeiman mendapat panggilan dari umminya bahawa umminya sedang makan di cafe hospital dan menyatakan bahawa Ezra pulang kerana ingin menenami mamanya di rumah.Jadi bermakna, Aleesa berseorangan di hospital.
"Aikk tido pun comel ke? Stay chubby tau my baby?" Puji Arfan setelah duduk di tepi katil milik Aleesa.
"Macam laa kau tak tahu adik ni. Ehh dia baby along okay." Balas Aeiman yang telah duduk di kerusi tepi katil.
Sebenarnya, Aleesa menahan ketawa mendengar celoteh abang- abangnya. Dia sudah sedar dari tidur sejak pintu biliknya dibuka.
"Yelahh along, semua along punya, amik sana menang huhh." Rajuk Arfan.
"Eyy dah laa gaduh pasal adik. Mana buah adik?" Celah Aleesa.
"Sejak bila bangun?" Tegur Aeiman.
"Sejak abang-abang adik ni masuk tadi hahahhaa." Terang Aleesa.
"Alamak nasib tak patah katil ni.!" Kata Arfan.
"Ehh angah terima kasih cakap adik comel hahaha. Adik ringan okay tak berat macam angah."
"Hahahahha." Aeiman dan Aleesa tergelak sakan.
"Mana buah adik along?"
"Tu haa pada angah." Balas Aeiman.
"Angah, adik nak buah tu. Pleaseeeeee...!"
"Elehh mengada lebih budak ni. Nahh makan, angah tahu habis eaa."
"Alaa kacang je nii. Ni Aleesa Uqasha laa, kan along.?"
"Haa ye ye, dah cepat makan." Arah Aeiman.
Aleesa membaca bismillah lalu menyuap masuk buah jambu batu terlebih dahulu.
"Yummm sedapnya. Nahh along, adik suap."
Aeiman melayan karenah adiknya lalu membuka mulutnya takut kecewa pula Aleesa.
"Angah nak?" Pelawa Aleesa.
"Angah nak tembikai taknak tu."
"Nahh nganga mulut." Arah Aleesa.
Buah tembikai selamat masuk ke mulut Arfan. Aeiman dan Arfan hanya melihat karenah Aleesa yang seperti anak kecil.
Angah akan jaga adik sampai hujung nafas angah, tu janji angah. Ucap Arfan dalam hati sambil tersenyum melihat Aleesa.
Mereka bertiga bergurau senda sehingga keadaan menjadi serius apabila Aeiman bersuara.
"Adik suka Wais?"
Arfan dan Aleesa masing-masing terdiam.
"Adik baru je kenal dia, nak suka apanya along." Jawab Aleesa.
"Baru kenal laa sangat.. Padahal geng dari kecik tu ishhh HAHAHA." Pintas Arfan namun tidak diendahkan oleh Aleesa.
"Kenapa along tanya macam tu?" Soal Aleesa pula.
"Along nak Wais jaga adik..."
"Krekkkkk..." Bunyi pintu dikuak oleh seseorang.
Yusuf Ezriq dan isterinya masuk ke dalam bilik tersebut.
"Apa yang jaga-jaga ni Aeiman? Tegang sangat je kamu semua berborak." Nyata walidnya.
"Walid kenal Wais?" Tanya Aeiman kepada walidnya.
"Si budak Wais tu siapa je tak kenal. Kenapa kamu tanya pasal Wais?"
"Along nak dia jaga adik, walid. Thats all."
YOU ARE READING
Doktor Itu Suami Aku
Fiction généralePertemuan yang amat singkat memberi impak yang besar bagi lelaki bernama Megat Uwais Iskandar untuk mengenali seorang gadis yang baru dikenali. Manakala bagi Wan Aleesa Uqasha adalah sebaliknya. Sebolehnya, dia tidak mahu bersemuka dengan lelaki te...