BAB 13

7.1K 191 3
                                    

Setelah 3 hari menetap di kondo milik Aleesa, mereka bertiga pulang ke Melaka.

Dalam masa 3 hari itulah, Aeiman dan Arfan membantu Aleesa untuk mengemas barang dan pakaian yang perlu dibawa.

Arfan mencadangkan bahawa kondo milik Aleesa tidak perlu dijual kerana berkemungkinan ia boleh digunakan sewaktu Aeiman mempunyai meeting dengan klien di JB.

Arfan dan Aleesa bergerak pulang ke Melaka terlebih dahulu dengan menaiki kereta masing².
Manakala Aeiman ingin berjumpa dengan Zack terlebih dahulu sebelum pulang.

Di Starbucks, Zack sedang menunggu akan kehadiran majikannya setelah mendapat panggilan daripada Aeiman.

Sedang dia termenung, kerusi yang berada dihadapannya ditarik oleh seseorang yang dikenalinya.

"Ehh boss. Duduk laa." Ujar Zack.

"Nah amik ni." Aeiman yang memakai kaca mata hitam telah menghulurkan sampul kertas berwarna putih kepada Zack.

"Ape ni boss?" Tanya Zack pelik.

"Upah kau laa ngok. Aku harap cukup. Kalau tak cukup minta aku."

"Mak aii, ni lebih dari cukup ni boss." Jawab Zack setelah membuka sampul itu.

"Mane laa tau tak cukup 10 ribu ni. Kau kan nak bayar operation mak kau kan?"

"Terima kasih boss. Hanya Allah SWT sahaja yang boleh balas kebaikan boss. Semoga boss dimurahkan rezeki. Amin." Doa Zack.

"Amin." Balas Aeiman lalu tersenyum melihat Zack.

"Ni boss nak gerak balik Melaka ke?"

"Haah. Arfan dengan Aleesa dah gerak dulu. Aku balik lambat sikit sebab nak jumpa kau laa."

"Hehehehe, sayang jugak boss dekat saya. Err boss tak nak minum ke? Saya belanja." Cadang Zack.

"Sape je tak sayang orang yang aku dah anggap macam adik aku sendiri. Hmm tak pela Zack."

"Hahaaa. Boss nak tanye something boleh tak?"

"Hmm kau nak tanye ape? Cepat aku nak gerak jap lagi. Kang malam jugak aku sampai rumah." Jawab Aeiman setelah melihat jam menginjak ke angka 4 petang.

"Bila boss nak kahwin?"

"Ape punya soalan laa. Kau nak tau tak? Campur kau ni dah berapa ramai cakap dekat aku bila nak kahwin."

"Hahaha saje je. Yelaa susah zaman sekarang ni nak jumpa lelaki macam boss."

"Asal pulak aku?"

"Haishh. Boss ni dikenali dalam 'full package'. Baik, pemurah, bertanggungjawab, hensem, berharta and paling saya suka sikap tegas boss."

"Hahaha ade² jela kau ni. In Shaa Allah, kalau ade jodoh aku kahwin laa. Ade gf pon tak." Kata Aeiman.

"Aminnn. Semoga laa ye. Mesti nanti anak² boss hensem kan?"

"Jauh bebenor kau masuk eaa? Haha. Okay laa aku nak gerak balik. Ha, btw kau tolong pantau kondo adik aku eaa. Upah jangan risau."

"Ouh okay. Hati² boss drive. Beres boss." Jawab Zack.

"Okay. Assalamualaikum." Ujar Zack lalu bangun dan beredar dari situ.

Mengenai penukaran tempat kerja Aleesa sudah diketahui oleh Wan Yusuf Ezriq dan Puan Darina setelah Aeiman menghubungi mereka dan menjelaskan perkara tersebut.

Zack pula perlu membayar kos besar pembedahan ibunya yang menghidap kanser paru². Dia merupakan anak tunggal dan sudah tidak mempunyai bapa sejak berumur 4 tahun.

Doktor Itu Suami AkuWhere stories live. Discover now