"Angah cepat laa. Tadi kata lepas Zohor gerak. Ni dah nak pukul 3 angah." Laung Aleesa dari ruang tamu.
Dia hanya blouse labuh berwarna hitam dan dipadankan dengan shawl kelabu yang elok terlilit di kepalanya serta palazo berwarna kelabu.
Beberapa saat kemudian, dia melihat Arfan turun tangga dengan berpakaian t-shirt nike putih bersama skinny jeans hitam.
"Sorry eaa adik. Angah boleh tertidur pulak lepas solat Zohor." Jawab Arfan.
"Yelaaa..."
Mereka berdua masuk ke dalam kereta milik Aleesa. Aleesa menawarkan diri untuk menggunakan kereta BMW miliknya.
Wais sedang berjalan bersama Amran di Mahkota Parade. Wais tidak membawa troli bayi milik Amran kerana dia merasa leceh sekiranya digunakan.
Jadi sepanjang berjalan keluar masuk ke dalam kedai yang terdapat di Mahkota Parade, Wais mendokong dan kadang² memimpin anak buahnya berjalan.
Dalam diam ada beberapa pasang mata yang memerhati perlakuan Wais yang sedang berjalan bersama anak kecil.
Wais memasuki KFC lalu meletakkan Amran di kerusi bayi yang disediakan. Berhadapan dengan meja Wais terdapat dua orang perempuan yang sedang memandang dan berbisik. Sempat Wais terdengar kata² perempuan tersebut.
"Weiii tengok mamat depan tu.." Bisik si minah yang tak cukup kain.
" Yang pegang baby tu ke?" Balas perempuan di sebelah minah tak cukup kain itu.
"Haah. Handsome doh, agak² kalau try dapat tak?"
"Idk. Eee kalau aku dapat dia memang tak lepas nii. Tapi tu laa aku rasa mesti mamat ni dah kahwin."
Wais yang terdengar perbualan dua orang perempuan tersebut merasa loya.
"Eee dah laa tak cukup kain lepastu nak mengutuk aku. Dah laa sampai orang boleh dengar. Bangang punya pompuan." Bisik Wais dalam hati.
Wais masuk ke dalam KFC ini kerana dia mahu duduk sebentar dan melayan karenah Amran yang kian mulai penat berjalan.
Di atas meja itu, terdapat beberapa bungkusan plastik dan beg yang berisi beberapa helai baju milik Wais dan Amran.
"Amran nak mamam tak?" Soal Wais apabila melihat Amran yang sedang berceloteh di kerusi bayi itu.
Amran menggeleng.
"Haha okay. Pandai dia ni, muahhh." Balas Wais sambil ketawa melihat reaksi Amran.
Setelah setengah jam Wais dan Amran duduk di situ, akhirnya Wais membuat keputusan untuk sambung berjalan semula.
Dia pantas bangun dan mengeluarkan Amran dari kerusi bayi lalu memimpin tangan Amran untuk berjalan menggunakan tangan kirinya.
Sebelah tangannya pula menjinjing 3 bungkusan plastik yang berisi barangan kepunyaan mereka berdua.
Aleesa berjalan beriringan bersama Amran masuk ke dalam Mahkota Parade. Aleesa memaut lengan Arfan. Lalu Arfan bersuara.
"Ehh adik ni dah kenapa? Main peluk tangan angah bagai." Ujar Arfan pelik melihat Aleesa.
"Alaaa salah ke adik nak manja² dengan angah. Pastu lagi satu ni demi keselamatan adik. Kan?"
"Yelaa Aleesa ku sayang." Balas Arfan sambil mencuit hidung Aleesa.
"Hahaha." Tawa Aleesa.
"Dah kenapa pulak ketawa tiba² nii. Apa yang lawaknya?" Ujar Arfan setelah mereka berhenti betul² di hadapan MPH.
YOU ARE READING
Doktor Itu Suami Aku
General FictionPertemuan yang amat singkat memberi impak yang besar bagi lelaki bernama Megat Uwais Iskandar untuk mengenali seorang gadis yang baru dikenali. Manakala bagi Wan Aleesa Uqasha adalah sebaliknya. Sebolehnya, dia tidak mahu bersemuka dengan lelaki te...