BMW milik Aleesa mula masuk ke dalam kawasan perkarangan rumah banglo milik keluarganya.
Mereka sampai ke rumah hampir masuk waktu Maghrib akibat kesesakan lalu lintas.
Aleesa dan Arfan keluar dari kereta sambil menjinjing beberapa plastik dan beg. Masuk sahaja ke rumah mereka berdua ditegur oleh Wan Yusuf Ezriq.
"Wahh shopping sakan nampak anak walid ni."
"Alaa bukan selalu walid." Jawab Aleesa.
"Yelaa. Ni masing² dah makan ke belum?"
"Dah walid. Walid dah makan?" Soal Arfan pula.
"Dah jugak sebelum balik rumah tadi."
"Walid mane ummi? Adik tak nampak pun." Tanya Aleesa lalu mengambil tempat bersebelahan dengan walidnya di atas sofa.
" Ha ummi pesan yang malam ni dia tidur rumah Mak Munah. So walid izinkan la."
"Ouhhh."
"Dah cepat bersihkan diri sana. Masing² bau kerbau." Sakat Wan Yusuf Ezriq.
"Ewah walid main kasar laa angah."
"Takpe hari ni hari walid. Kita tunggu je dik." Potong Arfan dengan bicara gurau.
"Hahaha pandai eaa nak buat drama. Dah cepat nak masuk waktu dah ni. Karang ada pulak yang lambat solat."
"Baik walid."
"Beres boss. Adik naik dulu walid."
"Ye."
Aleesa mencampakkan plastik dan beg tangannya di atas katil lalu berjalan menuju ke almari solek.
Dia membuka lilitan shawl lalu dicampaknya ke dalam bakul baju kotor.
"Yeahh goal!!" Jerit Aleesa.
"Oiii maghrib laa, jerit² pulak." Kata Arfan di luar bilik Aleesa setelah mendengar Aleesa menjerit.
"Yelaaa." Balas Aleesa dan mula melangkah masuk ke dalam bilik air.
Wais yang baru selesai solat Maghrib segera turun ke dapur untuk membacuh susu Amran setelah mendengar Amran meragam.
Wais meletakkan Amran di atas katilnya serta diletakkan sekali mainan milik Amran.
Tidak sampai 5 minit, Wais kembali bersama botol susu lalu disuakan kepada Amran.
"Haus nampak dia ni haa?" Kata Wais lalu mencuit perlahan hidung Amran.
But you'll never be alone...
I'll be with you from dusk till dawn...
I'll be with you from dusk till dawn...Wais segera mencapai iPhone 6s miliknya lalu menjawab panggilan tersebut tanpa melihat siapa pemanggilnya.
"Selamat sejahtera Dr. Wais." Kata si pemanggil.
"Ye, selamat sejahtera Ching Ching." Jawab Wais setelah mengenal pasti suara itu.
"Doktor saya nak inform yang keadaan Tengku Qayyum Edreez semakin kritikal."
"Haaa what? Awak biar betul Ching Ching."
"Betul maa."
"Sediakan bilik bedah sekarang. Saya otw pergi hospital sekarang." Arah Wais.
"Baik doktor."
"Okay bye."
Wais segera menamatkan panggilan dan menuju ke almari pakaian.
Dia mencapai sahaja baju yang sempat dicapai lalu bergerak ke bilik air untuk menyalin pakaian.
YOU ARE READING
Doktor Itu Suami Aku
General FictionPertemuan yang amat singkat memberi impak yang besar bagi lelaki bernama Megat Uwais Iskandar untuk mengenali seorang gadis yang baru dikenali. Manakala bagi Wan Aleesa Uqasha adalah sebaliknya. Sebolehnya, dia tidak mahu bersemuka dengan lelaki te...