BAB 4

9K 267 13
                                    

Setelah siap mengerjakan solat Isyak, Aleesa segera bersiap dengan memakai jubah berwarna hitam dan dipadankan dengan shawl bercorak bunga hitam putih.

Dia hanya memakai lipstik, eye shadow dan bedak sahaja kerana wajah Aleesa sudah cukup cantik jika tidak memakai make up yang agak terlampau.

Beberapa minit kemudian, dia turun ke tingkat bawah dengan segera kerana dia orang yang paling last kali bersiap jikalau hendak pergi keluar.

"Adik ku sayang oiii. Manoii nok." Laung along.

"Ye kejap. Turun dah ni."

"Ha yela."

"Okay, lets go." Ujar Aleesa apabila sudah tiba di tempat parking kereta milik keluarganya.

"Kau fikir kau mak datin ke nak bersiap lambat². Lembab." Omel angah.

"Angah biar la." Tegur along.

Sejurus itu, angah diam tidak berkutik. Tiba-tiba mutiara suci milik Aleesa jatuh mengalir di pipi namun dengan pantas tangan along mengelap pipi adiknya supaya air matanya tidak jatuh ke tanah.

"Kenapa setiap perbuatan adik, selalu angah nak rungut. Besar sangat ke kesalahan adik dekat angah ha?" Kata Aleesa.

"Angah mintak maaf dengan adik sekarang jugak. Angah ni kenape sejak² ni suka cari pasal dengan adik. Along dok perati je. Jangan sampai along marah." Ujar along dengan nada yang tegas.

"Adik, angah mintak maaf. Angah cuma bergurau je. Tak sangka pulak adik amik serius."

"Angah, kalau nak tau dalam setiap gurauan tulah kita kene amik serius." Sindir Aleesa lalu segera masuk ke dalam perut kereta di sebelah pemandu.

Itulah kelebihan Aleesa. Kata² sindirannya amat pedas tak terkata.

"Pandai² lah angah pujuk adik. Along taknak masuk campur." Celah along lalu masuk ke kereta.

Arfan merupakan orang terakhir memasuki kereta apabila ditegur oleh along kerana sebentar lagi majlis tahlil bermula.

Walid dan umminya telah pergi ke rumah banglo milik Mak Munah selepas waktu maghrib kerana hendak tolong membuat persiapan.

Di dalam kereta Audi milik Aeiman, Aleesa ditegur. Air matanya tidak berhenti mengalir.

"Along taknak tengok air mata adik cecah sampai tanah. Kalau cecah ke tanah, along orang pertama yang akan rase sakit. Terlampau sakit." Tegur along. Angah di belakang senyap dan mendengar kata² alongnya.

"Please Wan Aleesa Uqasha stop crying. Along sakit setiap kali tengok air mata adik. Kejap lagi nak sampai so please. Dengar cakap along." Sambungnya lagi.

"Hmm." Ujar Aleesa lalu mengeluarkan tisu yang sentiasa tersedia di dalam beg tangannya lalu mengelap pipi dan celah² mata bulatnya.

"Good girl. Nanti kang ape orang kate kalau nampak adik nangis and monyok macam ni. Dah tak lawa."

"Ade² jela along ni."

Beberape minit kemudian, mereka bertiga sudah sampai di rumah Mak Munah.

Sewaktu melangkah keluar, Aleesa menegur Arfan.

"Angah, adik maafkan." Sepintas lalu kata²nya.

Segera Aleesa merangkul tangan Aeiman dan berjalan masuk ke perkarangan rumah banglo Mak Munah dan meninggalkan Arfan berjalan di belakang.

Terdapat dua buah khemah yang mengasingkan bahagian lelaki dan perempuan di halaman rumah banglo Mak Munah.

Majlis masih belum bermula lagi. Mereka bertiga berjalan melintasi khemah dan masuk ke dalam untuk bersalaman bersama Mak Munah.

Doktor Itu Suami AkuWhere stories live. Discover now