"Harini aku Aleesa yang baru. Kerja dekat baru, so diri sendiri kene bertukar jadi baru." Katanya seorang diri sambil mematikan enjin kereta.
Keluar sahaja dari kereta BMW miliknya, dia ditegur oleh Ching Ching yang kebetulan sahaja baru memakir kereta di sebelah kereta Aleesa.
"Morning Dr. Aleesa..." Tegur Ching Ching.
"Morning too Ching Ching. Just call me Aleesa je laa. Tak payah doktor-doktor bagai."
"Tapi Dr. Aleesa lagi tinggi pangkat dari saya ma..!"
"Pangkat tak penting laa Ching. Kita kerja cari rezeki bukan cari nama or sebab nak pangkat tinggi."
"Baik laa Dr. Aleesa."
"Haa doktor lagi."
"Err sorry Aleesa. Tapi macam pelik laa panggil Aleesa."
"Alahai Ching ni. Panggil je Aleesa."
"Baiklah. Nanti lunch sama-sama okay." Ajak Ching Ching.
"Okay." Balas Aleesa.
Aleesa tidak bertugas dibahagian bangunan dan blok yang sama. Aleesa merupakan doktor pakar manakala Ching Ching jururawat peribadi Wais.
Namun, Aleesa masih belum mengetahui bahawa Ching Ching merupakan jururawat peribadi Wais.
Di rumah agam milik Wan Yusuf Ezriq pula, Arfan dan Aeiman serentak turun bersama untuk menikmati sarapan pagi.
"Amboi hero-hero ummi ni, dekat rumah pun nak handsome-handsome jugak ke?" Tegur Puan Darina.
"Hahaha mana ade ummi. Biasa je angah dengan along pakai. Handsome itu semestinya kami." Balas Arfan.
"Tapi along lagi double triple handsome laa dari angah." Jawab Aeiman sepantas kilat.
"Perhhh taknak kalah tu. Yelaa along, angah sedar yang angah ni tak handsome mane. Bukan macam along, cukup 'pakej'."
"Ewahh ayat, banyak cekadak angah laa cukup pakej."
"Hahahaha haihh dah sarapan. Menyesal pulak ummi sentuh pasal handsome ni. Masing-masing menggelibas." Kata Puan Darina yang sedang menuangkan air ke dalam gelas.
"Hahahaha. Ni along tak pergi office ke?" Soal Arfan setelah melihat jam tangannya menginjak ke angaka 8 pagi.
"Harini along tak masuk office. Along ingat nak ajak ummi jalan-jalan. Angah ade kelas kan, so pergi kelas lah ye." Sakat Aeiman.
"Alaaa mane boleh! Angah nak ikut jugak." Bantah Arfan.
"Wekkk, mengade mengalahkan adik.!"
"Ishhhh, takpe laa along. Pergi je laa."
"Amboii merajuk kah?"
"Come on laa, angah ni bukan macam adik okay.! Lagi pun lepas habis kelas, angah nak pergi rumah Wais."
"Ouhh ha yela Arfan! Tak dating dengan Ezra pulak?" Sengaja Aeiman menekankan nama adiknya.
"Tak. Dia still dekat Perak lagi, ntahh bila dia nak balik."
"Hahahahha padan muka. Dia dah muak dengan kau laa tu."
"Ape along nii! Kata-kata tu satu doa tau.."
"Hahahahhaha..." Tawa Aeiman lantas menyumbat masuk kuih keria ke dalam mulutnya.
"Tak payah susah-susah la along. Lagipun harini ummi nak rehat, penat tak hilang lagi." Celah Puan Darina.
"Betul ni ummi taknak?" Soal Aeiman.
"Ye along. Aeiman pergi je laa sorang-sorang. Tu laa ummi suruh kahwin ada je alasan cakap belum ada jodoh laa itulah inilah." Bebel Puan Darina.
YOU ARE READING
Doktor Itu Suami Aku
General FictionPertemuan yang amat singkat memberi impak yang besar bagi lelaki bernama Megat Uwais Iskandar untuk mengenali seorang gadis yang baru dikenali. Manakala bagi Wan Aleesa Uqasha adalah sebaliknya. Sebolehnya, dia tidak mahu bersemuka dengan lelaki te...