BAB 26

5.4K 178 9
                                        

Setelah kembali ke hospital, Aleesa meminta urgent leave selama beberapa hari kepada pihak atasan dengan memberi alasan tentang hal pertunangan angahnya.

Pihak atasan telah meluluskan cuti yang diminta oleh Aleesa.

Aleesa berjalan dan ingin segera masuk ke dalam kereta BMW miliknya. Tiba-tiba tangan direntap dari belakang.

"Mana kau nak lari ha pompuan? Wahh cepat kau dapat balak baru!" Tengking Eirfan.

"Lepas laa Eirfan. Kau nak apa lagi dari aku! Tak cukup ke dengan benda yang kau dah buat dekat aku! Lepas laa!!" Jerit Aleesa.

Dengan segera Eirfan menutup mulut Aleesa dengan sapu tangan yang sudah diletakkan dengan kloroform.

Beberapa saat kemudian, Aleesa mulai tidak sedarkan diri. Eirfan memapah Aleesa masuk ke dalam kereta Aleesa lalu beredar dari kawasan persekitaran hospital.

Aleesa suka memakir kereta di bahagian hujung dan agak tersorok sedikit. Jadi dengan mudah Eirfan melakukan tugasnya.

Wais rasa tidak sedap hati apabila dia mendapat berita bahawa Aleesa mengambil cuti beberapa hari.

"Kenapa tiba-tiba Aleesa minta cuti ek? Arhh baik aku call dia." Cadang Wais lalu mengeluarkan iPhone 6s miliknya dan mendail nombor Aleesa.

"Tuttt..tuttt..tuttt.."

"Tuttt..tuttt..tuttt.."

"Aikk tak angkat? Ya Allah kenapa aku tak sedap hati ni!" Ujar Wais.

Di rumah milik keluarga Aleesa, Arfan sedang menuangkan air ke dalam gelasnya. Tanpa sengaja dia tertolak gelas tersebut dan gelas itu jatuh ke lantai.

Bertebar kaca cawan yang jatuh. Aeiman yang terdengar bunyi gelas pecah segera turun ke bawah untuk melihat apa yang terjadi.

"Angah? Macam mana boleh pecah ni?" Soal Aeiman.

"Angah tak sengaja. Angah tak sedap hati laa along." Kata Arfan.

"Haihh jangan macam-macam laa mulut tu angah." Balas Aeiman lalu cangkung untuk membantu Arfan mengutip kaca itu dengan berhati-hati.

"Angah betul-betul ni along. Adik takkan laa tak balik lagi? Dah laa ummi dengan walid holiday dekat Indonesia lepas pergi majlis tunang angah tadi." Keluh Arfan.

"Haah laa. Along baru teringat pasal adik. Patutnya macam ni Aleesa dah balik." Aeiman menunjukkan riak muka yang agak risau.

"Jap angah try call Wais. Sebab dia kan satu tempat kerja dengan adik." Cadang Arfan.

"Haa okay jugak. Biar along yang kemaskan, angah pergi call Wais."

"Okay.." Jawab Arfan lantas mengeluarkan iPhone X miliknya lalu mendail nombor Wais.

"Tuttt..tuttt..tuttt..tuttt.."

"Haa assalamualaikum Wais." Tegur Arfan.

"Waalaikumussalam Pan. Yow asal?"

"Aleesa dah balik ke belum?"

"Aleesa dah balik lepas lunch tadi. Dia kata ada urgent leave pasal kau laa bertunang. Kenapa?"

"Weii Wais aku risau ni..."

"Nak risau apa Pan?" Soal Wais dengan nada yang pelik.

"Aleesa tak sampai-sampai dekat rumah ni! Aku ingat dia ada dengan kau."

"Serius laa dia tak balik lagii!"

"Ye betull nok. Macam mana ni weii!"

"Haa Pan aku nak cakap yang tadi masa lunch dengan Aleesa, ada sorang laki ni tegur dia."

Doktor Itu Suami AkuTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang