Tepat jam 9 malam, Aleesa turun ke ruangan bawah bersama Arfan.
Sebelum maghrib, Arfan pulang ke rumah setelah seharian keluar bersama teman lamanya. Lalu Aeiman mengajak Arfan untuk turut serta makan malam di luar.
"Ingatkan taknak turun?" Tegur Aeiman apabila melihat dua adiknya yang baru sahaja turun.
"Apa-apa je laa along. Cepat laa adik dah lapar gila ni." Jawab Aleesa.
"Hahaha yela yela.."
Arfan tidak bersuara kerana emosinya sejak pulang dari berjumpa teman lamanya terganggu akibat melihat seseorang yang dikenalinya bersama orang lain sambil berpegangan tangan.
Aleesa mengambil tempat di sebelah pemandu, manakala Arfan mengalah untuk duduk di ruangan belakang kerana sudah terbiasa dengan Aleesa yang suka duduk di kerusi hadapan.
Mereka bertiga keluar dari perkarangan rumah menuju ke destinasi untuk makan malam.
"Angah okay ke tak ni?" Soal Aeiman yang memecahkan kesunyian kereta. Lantas Aleesa memusingkan badannya ke belakang untuk melihat Arfan.
"Haa okay je." Ujar Arfan sekerat.
"Are you sure angah?" Tanya Aleesa pula.
"Yaa im totally sure."
"Along bukan apa, just nampak laa muka angah lepas balik tadi lain macam."
"Dont worry laa, angah okay je." Balas Arfan bagi menyakinkan abang dan adiknya.
"Okay laa kalau macam tu."
"Angah gaduh ke dengan Kak Ezraa?" Tebak Aleesa.
"Haihhh..." Keluh Arfan.
"So betul laa apa yang adik cakap?"
"Entah laa along, angah tak tahu nak cakap macam mana."
Habis sahaja Arfan berkata, kereta yang dipandu Aeiman berhenti di destinasi makan yang dituju. Aeiman memusingkan badannya ke arah Arfan.
"Macam ni laa, kita keluar makan dulu. Lepastu jalan-jalan and then story dekat along dengan adik."
"Along taknak adik-adik along hadap masalah sorang diri. Korang semua penting untuk along, faham?" Tambah Aeiman lagi.
"Fahamm..." Jawab Aleesa.
Manakala Arfan hanya mengangguk setelah mendengar apa yang dikata oleh Aeiman.
Mereka bertiga keluar dari kereta secara serentak dan mula menapak masuk ke dalam Restoran R' Family dimana tempat kegemaran Aeiman dan Arfan.
Aleesa berasa pelik melihat beberapa pelanggan yang memandang ke arah mereka sewaktu masuk dan berjalan ke tempat duduk.
Baru sahaja Aleesa sedar bahawa cara pemakaian dia, Aeiman dan Arfan secara tidak sengaja sama. Masing-masing mengenakan hoodie Stoned yang hanya berbeza dari segi warna sahaja.
Setelah duduk, datang seorang pemuda lelaki untuk mengambil pesanan mereka berdua.
"Order?" Tanya lelaki itu.
"Watermelon juice." Jawab Aeiman.
"Limau ais ada?" Soal Arfan dan Aleesa serentak.
Pemuda lelaki itu tersenyum lantas mengangguk melihat Aleesa dan Arfan yang difikirkan pasangan kekasih.
"Haa limau ais dua dengan ais kosong tiga." Kata Arfan.
"Okay, makan?"
"Spageti carbonara." Laju sahaja Aleesa memesan makanan kalini kerana dia tersangat lapar.
YOU ARE READING
Doktor Itu Suami Aku
General FictionPertemuan yang amat singkat memberi impak yang besar bagi lelaki bernama Megat Uwais Iskandar untuk mengenali seorang gadis yang baru dikenali. Manakala bagi Wan Aleesa Uqasha adalah sebaliknya. Sebolehnya, dia tidak mahu bersemuka dengan lelaki te...