Bab 3

42.4K 567 23
                                        


   👑"Bidadari pemilik jiwaku"👑

  " Tapi satu hari tu, aku kena outstation seminggu dekat Sabah. Syarikat papa aku ada masalah. Aku pesan pada Yanna dan Ara suruh jaga rumah. Tapi belum pun sempat sehari aku kat Sabah, Yanna hantar whatapps kat aku ada lelaki masuk rumah dan dukung Ara sampai dalam bilik. Masa tu Mak Esah pulak balik kampung sebab anak dia sakit. Aku tengok gambar ni(Heykal tunjukkan gambar Ara didukung oleh lelaki tu dari belakang pada Dayyan) hati aku macam di siat-siat kau tahu tak! Suami mana yang tak marah kalau tengok isteri dia curang kan?" muka Heykal merona merah sambil menunjukkan  gambar di dalam telefon Iphone nya.
 
  "Kau tak tanya dulu Ara apa yang dah jadi sebenarnya? Manalah tahu kot-kot salah faham aje kan?"pintas Dayyan.
 
  "Salah faham apanya kalau sampai dah separuh bogel macam ni?" Heykal menunjukkan lagi sekeping gambar dalam telefon bimbitnya.
 
  " Allah! Yanna dengan papa kau ada mana masa tu? Kau tak cuba tanya papa kau manalah tahu papa kau boleh bantu kan?" soal aku ingin tahu. Sebenarnya aku dah mula curiga dengan Yanna.
 
   "Papa aku stroke mana boleh cakap! Aku tanya Yanna tapi dia kata masa tu dia keluar shopping. Bila dia balik tengok pintu pagar, pintu rumah semua terbuka dia pun syak ada benda tak elok jadi. Jadi dia masuk perlahan-perlahan, masa tu dia terkejut tengok ada lelaki muda dalam lingkungan 20an macam tu tengah dukung Ara naik tangga. Dia pun apa lg snap la gambar tu then send kat aku! Pastu dia ikut lelaki tu masuk bilik aku senyap-senyap, lelaki tu tak tutup pintu bilik jadi Yanna menyorok kat balik dinding,dia tengok lelaki tu dah bogelkan Ara separuh badan macam gambar tadi tu. Masa dia tengah snap gambar tu, dia lupa tutup flash camera, lelaki tu perasan dia tengah menyorok kat balik dinding pintu bilik aku, Yanna takut di apa-apakan dia terus lari masuk bilik papa then kunci. Pastu dia jerit nak call polis, lelaki tu apa lagi terus blah la sebab takut Yanna call polis betul-betul.Kemudian Yanna tunjuk gambar yang dia snap tadi kat papa, papa menangis la sbb tak sangka Ara buat macam tu kat aku.Aku tahan sabar sampai seminggu kat Sabah. Kau tau tak macam nak gila aku dibuatnya! Aku tak sangka orang yang aku kutip,aku jaga, aku belai,aku sayang sanggup curang dengan aku! Aku dah mula sayang dia tapi ni yang dia balas kat aku" kali ini riak wajahnya sedikit sugul.
 
  "Habis,Ara kat mana sekarang? Kau masih bersama dengan dia atau dah berpisah?" Dayyan menyoal lagi mendapatkan kepastian Heykal. Walaupun hakikatnya dia lebih tahu keberadaan Ara sekarang ini di mana.
  "Lepas aku balik dari Sabah tu aku dah halau dia. Aku dah tak sanggup nak tengok muka dia lagi. Dia bagitahu aku yang dia mengandung tapi aku tetap tak boleh terima. Sebab aku ragu-ragu anak tu bukan darah daging aku. Lagipun Yanna dah banyak kali ingatkan aku yang Ara tu bukan perempuan yang baik sangat. Selama ni dia acah-acah suci je depan aku tapi lepas aku keluar pergi pejabat, dia bergayut telefon dengan jantan mana ntah! Aku selalu check call log dia memang ada beberapa nombor yang mencurigakan selalu dia call. Durasi pulak lama ada yang sampai 30 minit.Aku pernah call balik nombor-nombor tu memang betul lelaki yang angkat. Bila aku tanya dia katanya tak tahu bukan dia yang call.  Habis, kau rasa aku boleh percaya ke jenis perempuan macam tu? Dah pandai menipu tak padan dengan orang kampung miskin tak sedar dek untung! Aku dah kutip dia buat bini pun tak reti bersyukur lagi! Jenis tak cukup dengan sorang jantan!"suaranya separuh mengamuk.
 
   Dayyan masih curiga.
 
   "Macam ada yang tak kena dengan Yanna ni" bisiknya di dalam hati.

  "Jadi kau dengan Yanna sekarang macam mana?Jangan cakap cinta lama berputik kembali sudahlah wehhh" usik Dayyan sengaja menduga.
 
   "Yanna tu lain. Aku memang tak boleh move on dengan dia. Pandai ambil hati aku. Menggoda, seksi pendek kata memang aummmmm la!" Heykal ketawa selamba.
 
   "Kau ni Kal...tak pernah rasa bersalah ke buat papa kau macam tu? Kau sedar tak apa kau dah buat ni? Ya aku faham Yanna tu 1st love kau tapi masalahnya dia tu dah jadi mak tiri kau sekarang ni! Mak tiri tu macam mak kau sendiri jugak la. Mana boleh ada hubungan gelap macam ni..Dosa tu Kal. Ni kau dah sampai tahap terlanjur lagi dah parah tau tak?" tegur Dayyan bak ustaz sedang berceramah lagaknya.
 
   "Aku rasa aku tak mimpi kan? Eh kau dulu pergi belajar kat UK kan? Bukan kat Mesir kan?Tapi kenapa balik-balik dah bertukar jadi ostad ni?Aku mimpi ke apa ni?"seloroh Heykal ketawa sambil menampar pipinya sendiri berkali-kali.
 
  "Bukanlah sampai tahap nak jadi ustaz beb.Aku cuma tegur apa yang aku rasa dan aku nampak salah je di sisi agama.Kalau kau nak dengar baguslah. Kalau tak nak dengar pun terpulanglah. Aku tak nak masuk campur hal kau. Hidup kau hanya kau je yang berhak ubah bukan orang lain"sinis Dayyan memperli penuh makna. Heykal mencebik sambil menyedut straw minuman di hadapannya.
 
  "Takpelah Kal, aku ada date la hari ni.Aku rasa aku kena gerak dulu kot. Nanti merajuk pulak buah hati aku."ujar Dayyan sambil mengerling jam di tangannya.
 
   Date yang di maksudkan ialah menjemput Ara ataupun Zahra Sumayyah di hospital. Sebelah pihak Heykal dia dah dengar. Kali ni dia nak dapatkan penjelasan panjang lebar dari pihak Ara pulak.

Bidadari Milik Aku!Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang