Bab 4

35.6K 523 4
                                    

      👑"Bidadari pemilik jiwaku"👑

(7 bulan kemudian)

   "Eh,Abang Ayyan. Tak pergi pejabat ke hari ni?"sapa Maya sambil menuruni tangga perlahan-lahan.
 
  Dayyan yang sedang membaca suratkhabar di sofa bingkas bangun mendapatkan Maya.
 
  "Abang ambil cuti hari ni. Kan Maya ada check up? Takkan abang nak biar Maya pergi sorang-sorang. Tengok ni! Nak jalan pun dah tak seimbang sebab perut tu besar sangat."usik Dayyan sambil memegang lengan Maya menuruni tangga perlahan-lahan.
 
  "Nama pun mengandung kembar kan..mestilah besar Ayyan sayang oiiii. Tu lah bonda suruh kahwin tak nak kahwin. Kalau Ayyan kahwin kan bonda dah boleh timang cucu sekarang ni. " sahut bonda dari dapur.
 
  "Ala bonda ni. Ayyan tak perlu kahwin pun bonda tetap nak dapat timang cucu dah ni haaa.. siap bonus kembar lagi tau!" jawab Daiyan ketawa sambil mengenyitkan mata ke arah Maya.
 
  "Ayyan kena ingat. Umur Ayyan makin meningkat bukan makin muda lagi dah. Sekarang pun dah nak masuk 32. Nak tunggu 50 baru nak kahwin ke? Masa tu tak ada orang nak dah Ayyan sayang oiii.." bonda membidas kata-kata Dayyan.
 
  "Bonda...abang Ayyan ni kan hensem gila macam pelakon Daler Yusuf tu takkanlah tak ada orang nak?"Maya berseloroh sambil memandang muka Dayyan.
 
  "Maya nak kat abang tak? Bertuah tau kahwin dengan abang ni. Bukan je hensem macam Daler Yusuf, workaholic, bergaya, sado macam Zul Ariffin,baik dan..." Dayyan bangun sambil  berlagak membuat aksi seperti model maskulin.
 
  "Haaa...dah sudah-sudah! Jangan dok masuk bakul angkat sendiri pulak ye Ayyan! Duduk makan! Kejap lagi nak hantar Maya ke klinik. Lambat nanti ramai orang pulak.Maya,ni susu jangan lupa minum tau."belum pun sempat Dayyan menghabiskan ayatnya bonda terus mencelah. Arahan demi arahan bonda keluarkan kepada Dayyan dan Maya.
 
  "Bonda ni kalau boleh cakap terserlah garangnya macam Kapten kapal laut tau tak!Baiklah bos. Ayyan paham la semua arahan bonda tu. Ayyan akan jaga Maya baik-baik . Bonda jangan risau " Dayyan memperli bonda sambil ketawa.
 
  "Maya, kalau dah sudah makan,jom. Lagi kita tak bangun lagi tu lah bonda tak habis membebel. Abang tunggu kat luar ok?" Dayyan menarik kerusinya dan memberi isyarat mata kepada Maya. Maya mengangguk sambil meneguk susu di hadapannya.
 
    
                    👑👑👑👑👑

  Usai membuat pemeriksaan rutin di klinik ibu dan anak,Dayyan mengajak Maya singgah di sebuah butik barangan bayi berdekatan dengan klinik. Maya hanya mengikut sahaja langkah jejaka yang di panggilnya abang itu. Bermacam jenis baju dan barangan bayi yang telah dibeli oleh Dayyan tanpa meminta persetujuan Maya. Maya yang di suruh duduk di sofa hanya jadi pemerhati sahaja sambil  Dayyan sesekali menunjukkan pilihan warna yang dipilihnya. Kelihatan Dayyan sangat teruja.
 
  "Abang Ayyan layan Maya macam isteri abang kan? Belikan anak-anak Maya macam-macam. Kadang-kadang Maya jadi malu dengan abang, dengan bonda dan daddy. Maya ni macam menyusahkan semua orang je.." lirih suara Maya melepaskan rintihan hatinya kepada Dayyan yang sedang memandu di sebelahnya.
 
  Tangan Maya dicapai Dayyan.Jemari halus itu digenggam lembut.
 
  "Maya....memang kalau boleh abang nak Maya jadi isteri abang. Tapi pasal tu Maya tak payah fikir lagi. Yang penting selamat bersalin dulu anak-anak abang ni." pujuk Dayyan seraya mengusap perut Maya penuh kasih.
 
  "Satu hal yang Maya kena tahu, Maya tak pernah menyusahkan abang, bonda mahupun daddy. Kami dah anggap Maya macam keluarga kami sendiri. Anak-anak Maya adalah anak-anak abang, anak-anak kita, cucu bonda dan daddy. Anak-anak Maya pembawa rezeki kepada kami semua, kepada kita.Kalau kita dah jadi satu keluarga kenapa pulak kena fikir pasal susah ke menyusahkan ke apa?Jadi part mana yang Maya fikir menyusahkan tu sememangnya tak pernah wujud, faham?" Dayyan sengaja menekankan perkataan faham dengan nada yang tegas.
 
  Maya hanya mengangguk faham sambil menyeka air mata di pipinya. Sunggih dia terharu di pertemukan dengan orang-orang yang baik di sekelilingnya kini. Sesuatu yang tak pernah di mimpikannya selama ini. Dilayan bagai seorang bidadari, diberi kemuliaan, dihargai, diberi kasih sayang malah tempiasnya turut di rasakan buat anak kembar yang di kandungnya.
 
  Sesungguhnya dia teramat bersyukur di lahirkan menjadi seorang Zahra Sumayyah. Walaupun jauh di sudut hatinya sangat kecewa di buang oleh suaminya sendiri namun dia juga faham bahawa setiap yang berlaku ada hikmah yang dia sendiri pun mungkin tidak tahu. Sesungguhnya perancangan Allah lebih hebat dan tidak terjangkau dek akal manusia sepertinya.

                        
                      👑👑👑👑👑

 

  Hari ini genap sudah 9 bulan usia kandungannya. Kesakitan yang dirasainya juga sudah semakin kerap. Terlintas juga di fikirannya alangkah bagusnya jika punya suami yang turut serta berada di sisi saat ini boleh juga dia bermanja, dibelai dan berkongsi kesakitan bersama-sama dengan orang yang sangat dicintainya.

  Malangnya dia tidak punya kesempatan itu. Kesakitannya dipukul dan diherdik, dicaci bahkan diusir bagai kain buruk yang tidak berguna sangat- sangat menyentap tangkai hatinya. Dendamnya kepada Heykal Hisyam dan Yanna sangat membuak- membuak. Kasihan anak-anak di dalam kandungannya yang tidak berdosa terpaksa menanggung derita dan menjadi mangsa keadaan sedangkan dirinya yang tidak bersalah juga menjadi mangsa kerakusan nafsu manusia berhati binatang seperti mereka.
 
  "Masa itu akan tiba Heykal, Yanna! Aku akan pastikan penderitaan aku dan anak-anak aku berbalas suatu hari nanti." ucap Maya sambil tangannya menggenggam erat cadar katilnya tanpa sedar.
 
  Dendangan lagu Bunga dari Ara Johari yang sedang berkumandang di skrin tv 45 inci di dalam bilik tidurnya itu seakan-akan menceritakan kepedihan hatinya saat ini. Tanpa sedar air matanya merembes ke pipi. Luka yang ditanggungnya saat ini terlalu dalam untuk sembuh.
 
Setelah ku di miliki
kau lebur segala kata dan janji mu
ku lakukan semua
berikan yang ku ada
percaya kepada mu kebodohan ku..

  Tanpa dia sedari, ada insan yang sedang melihat tangisannya.Luluh hatinya melihat keadaan Maya saat ini. Jika boleh, ingin sahaja dia berkongsi semua kesedihan  dan penderitaan Maya namun kerana status Maya yang masih lagi isteri kepada sahabat baiknya Heykal,dia perlu menjarakkan sedikit dirinya sekarang ini.
 
  " Jika sahaja engkau tahu Maya, aku sanggup cuci semua luka kau, rawat dan ubatkan semula agar luka itu cepat sembuh. Aku tak izinkan sedikit pun parut itu kekal melekat selamanya sebab aku cintakan kau, aku sayangkan kau Maya. Aku akan jaga kau sampai akhir hayat aku. Maya, aku janji tak akan ada sesiapa lagi yang boleh sakitkan kau, tak akan!" bisik hati Dayyan sambil menggenggam erat besi balkoni biliknya yang terletak  bersebelahan bilik Maya.

                                     5 December 2017

               
                    **************

Sensitip nya lahaiii Maya kn? Mklumlah pembawakan baby tuuu...

Mood suweet semut2 x on lagi niii.. tak pe bg Maya calm down jap k.

Hrp brsabarrr😅😉😉😉

To be continue.....😘😘😘

 
 

Bidadari Milik Aku!Where stories live. Discover now