🔞⚠[Mature Content]
Maya Arabella lahir dari ketulusan hati seorang Zahra Sumayyah!
Dia adalah bukti dari cantiknya paras dan hati,menjadi ciptaan terindah dari baiknya Tuhan pada hambanya,waktu tak pernah mengusaikan cantik luar dan dalamannya.
Di...
Maya pulang sebentar ke rumah untuk melihat kedua kembarnya yang ditinggalkan di bawah jagaan bibik Narti dan Suria. Semasa meninggalkan Dayyan di wad ICU, keadaan Dayyan masih belum sedarkan diri dan di dalam pemantauan doktor pakar .
"Bik... Anak-anak saya macam mana? "
Maya menyoal Suria yang baru keluar dari biliknya sesudah menidurkan Zahyra dan Zahyrul.
"Jangan risau puan. Ira sama Irul baik-baik aja,baru aja tidur tadi.. Tuannya gi mana puan? Udah sedar? "
Ramah Suria bertanya. Maya hanya menyandarkan tubuhnya di dinding pintu. Keluhan berat dilepaskan lemah.
"Belum. Dah tiga hari masih belum ada apa-apa perubahan..."
"Puan... Puan ok ke? Nampak puan macam tak sihat aja?"
Bibik Suria memegang dahi Maya. Panas.
"Puan demam ni... Puan rehat ajalah ya. Nanti saya bilang Pak Mat supaya gantian jaga Tuan di hospital ya. Puan pergilah masuk bilik dulu, nanti saya bawa makanan sama ubat ya.."
"Eh, bik makanan tak payah. Bawa ubat je. Suruh Pak Mat tunggu kat hospital, nanti saya ok lepas makan ubat saya pergi ganti balik. Terima kasih bik ye.. "
Maya menolak daun pintu biliknya. Melihat Zahyra dan Zahyrul yang sedang lena di dalam katil bayi menambahkan lagi rasa sedihnya.
"Ya Allah.... Kuatkanlah aku... Aku tak tahu macam mana nak teruskan hidup bila satu persatu orang yang aku sayang pergi tinggalkan aku. Aku cuba untuk kuat walaupun aku sendiri tahu yang aku memang lemah! Aku tak mampu nak hadap semua ni sorang-sorang... Bantulah aku Ya Allah.. "
Maya merebahkan dirinya ke atas katil. Sakit kepalanya makin dirasai. Berdenyut-denyut. Pandangannya juga semakin berbalam.
"Puan.. Puan! "
Suria merasai suhu badan Maya.Terlalu panas! Seperti sedang dipanggang di atas api. Bergegas dia kembali ke dapur. Mengambil tuala dan air untuk menjelum kepala majikannya itu.
"Hai Suria! Kalut sangat tu, nak pergi mana? "
Tegur Pak Mat yang datang dari arah belakang. Tersentak Suria.
"Pak Mat...Puan Maya demam. Panas bangat badannya. Ha, lagi satu Puan tadi ada titip pesan minta Pak Mat ganti jagain Tuan di hospital. Sementara aja."
"Nak bawa pergi klinik ke? Kesian Puan Maya tu.. Dahla Tan Sri dengan Puan Sri baru je meninggal,Tuan pulak kemalangan, ish.... Berat betul ujian Puan kan? Kita yang tengok ni pun rasa sedih. Macam manalah agaknya dia yang menanggung? Kesian betul.. "
"Kan...Hurmm.. tak apalah Pak Mat, saya ke atas dulu. Kasihan Puan, badannya panas benar tu.. "
"Yelah. Saya pun nak pergi hospital ni nak jaga Tuan. Kalau ada apa-apa nanti telefon saya ye.."
Pesan Pak Mat kepada Suria. Suria hanya mengangguk faham. Kalut dia memanjat anak tangga sambil membawa bekas kosong bersama tuala kecil dan koolfever di tangannya.
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.