🔞⚠[Mature Content]
Maya Arabella lahir dari ketulusan hati seorang Zahra Sumayyah!
Dia adalah bukti dari cantiknya paras dan hati,menjadi ciptaan terindah dari baiknya Tuhan pada hambanya,waktu tak pernah mengusaikan cantik luar dan dalamannya.
Di...
Maya kini sudah pun berjaya menamatkan pengajiannya di sebuah IPTS Tempatan. Dayyan juga sudah pun menunaikan janjinya untuk menghadiahkan isterinya itu sebuah restoran seperti yang pernah mereka rancangkan dulu.
Restoran milik Maya yang diberi nama Restoran Bidadari itu terletak di sebuah lokasi yang sangat strategik. Berdekatan dengan sebuah tasik dan kawasan rekreasi serta tidak jauh dari pejabat Dayyan.
Perniagaan Dayyan kini juga semakin berkembang maju dengan pembukaan cawangan anak syarikat di seluruh Malaysia. Syukur dengan limpahan rezeki yang di beri oleh Allah itu, Dayyan juga tidak lokek untuk berkongsi rezeki dengan anak-anak yatim dengan terbinanya Rumah Kebajikan Jannatul Kasih di bawah naungan Yayasan Bidadari Darul Kasih. Selain itu, Dayyan juga telah membina Maahad Tahfiz Nur Bidadari hanya untuk para Hafizah dan Maahad Tahfiz Darul Kasih untuk Al-Hafiz di dalam sebuah kawasan taman di tengah-tengah ibu kota.
Dayyan juga telah membina sebuah Rumah Kebajikan Orang Tua-Tua di bawah Yayasan Bidadari Darul Kasih yang diberi nama Rumah Kebajikan Warga Emas Nur Kasih.
Ketiga-tiga anak mereka juga sudah besar kini. Zahyra Alaisya dan Zahyrul Aleef kini sudah pun berusia 5 tahun. Kembar comel itu juga telah pun dihantar ke Tadika Islam untuk didedahkan dengan dunia pembelajaran pendidikan awal kanak-kanak di bawah seliaan Rumah Kebajikan Jannatul Kasih.
Adik kesayangan mereka, Zahyril Aathif pula sudah petah berkata-kata. Keletah ketiga-tiga mereka selalu menceriakan hidup Dayyan dan Maya serta semua penghuni rumah itu.
Dalam kesibukan sehariannya menguruskan restoran dan keluarga,Maya juga masih lagi menguruskan pejabat milik arwah daddynya itu. Dia yang kini menjawat jawatan sebagai CEO di syarikat itu sering menjadi penghias muka hadapan majalah kerana kebijaksanaannya dan kejayaan yang telah berjaya dilakarkannya.
Popularitinya kini sama naik dengan suaminya itu. Bahkan anak-anak mereka juga turut terkena tempias kerana kejayaan yang sering ditempa oleh kedua ibubapa mereka itu.
***********
Sempena meraikan ulang tahun perkahwinan mereka yang ke-5, Dayyan telah membawa Maya bercuti ke Kepulauan Maladewa iaitu Pulau Maldives yang letaknya di Lautan Hindi bersebelahan dengan negara India yang terkenal dengan keindahan pulaunya dan airnya yang jernih sehingga boleh menampakkan seluruh isi lautan, hidupan laut dan batu batan yang terkandung di dalamnya.
Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Anak-anak mereka ditinggalkan seketika dibawah jagaan bik Narti, bik Suria dan Pak Mat. Walaupun pada mulanya Maya agak keberatan kerana bimbangkan keadaan anak-anaknya namun setelah diyakinkan Dayyan yang mereka akan baik-baik sahaja selama ketiadaan mereka, Maya akhirnya akur juga. Lagi pula keselamatan kediamannya sudah dipertingkatkan dengan kehadiran dua orang pengawal keselamatan yang bertugas di situ jadi tiada apa yang perlu dirisaukan lagi oleh mereka.