👑"Bidadari pemilik jiwaku"👑
Maya langsung tidak turun makan malam itu. Sudahnya dia turut tertidur di biliknya bersama anak-anaknya.
Dayyan yang menyedari isterinya tidak naik-naik selepas turun makan tadi menjengah ke bawah mencari. Tetapi bibik memberitahu Maya langsung tidak turun makan.
"Dia tak turun makan, habis dia pergi mana? Bilik anak-anak kot! "
Dayyan terus naik semula perlahan-lahan. Pintu bilik ditolak. Rupanya isterinya itu tidur di situ. Timbul rasa kasihan dihatinya.
Melihat wajah Maya yang sembap seperti baru lepas menangis itu menambahkan rasa bersalahnya.
"Ya Allah... Apa aku dah buat ni... Kesiannya Maya... Maafkan abang sayang... Maafkan abang... "
Dayyan terus mencium dahi Maya lalu tubuh itu dipeluk. Maya tersedar.
"Abang.. Sorry, sayang tertidur kat sini. Ingat nak jenguk anak-anak je tapi terus terlena. Abang dah makan ke? "
"Sayang dah makan? "
Sengaja Dayyan mahu menduga Maya. Soalan isterinya itu dibalas kembali dengan soalan.
"Dah.. Sayang dah makan tadi. "
Maya tersenyum. Cuba berbohong ,menyorokkan rasa kecewanya.
"Abang minta maaf sebab abang terkasar dengan sayang tadi. Abang tak patut ikutkan perasaan dan hukum sayang macam tu. Maafkan abang ye sayang..."
Ubun-ubun Maya dicium. Rambut isterinya itu dielus lembut.
"Takpelah abang.. Abang tak salah. Sayang yang salah. Sayang pun minta maaf tau sebab sayang dah buat abang kecewa... Sayang minta ampun atas semua kesalahan sayang..."
"Abang dah ampunkan semua salah sayang... Abang minta maaf jugak kalau ada buat sayang terasa hati dengan abang, ok? Jom. Kita turun makan. "
"Laa.. Dah lambat ni.. Nanti abang gemuk macam mana? "
"Abang gemuk takpe. Lagi senang. Dah takde mana-mana pompuan pun mau kat abang dah.. Sayang pun tak payah dah nak cemburu kat abang. "
"Ala... Kalau abang gemuk nanti hilang hensem dah laa.. Tak boleh sayang bayangkan dengan perut boroi, gendut, jalan macam bapak pingu terkedek-kedek! Macam smurf tau! Hahaha.."
Usik Maya. Dayyan turut ketawa.
"Pandailah kata kat abang kan? Sayang tu bila nak gemuk balik? "
"Gemuk balik? Maksud abang?"
Dayyan membuat isyarat perut buncit seperti mengandung.
"Mengandung? "
"Hurm... Tak payah cakap lagilah pasal tu boleh? "
Mukanya terus berubah muram. Sejujurnya dia masih belum boleh melupakan insiden yang baru berlaku diantaranya dan Heykal. Risau juga jika benih Heykal kembali melekat di dalam rahimnya. Dia tak mahu melukakan hati suaminya lagi jika semua itu terjadi suatu hari nanti.
"Sayang? Menung apa? Jom kita makan. Meh abang peluk.. "
Maya terus bangun sambil membalas kembali pelukan suaminya itu. Tangan masing-masing berlingkar di pinggang, mesra.
Maya memaut pinggang Dayyan semasa menuruni tangga. Bik Narti yang nampak mereka berdua terus menyapa.
"Saya udah panasin lauknya Tuan, Puan. Mari makan. "
"Terima kasih bik. Takpe bik tinggalkan kami berdua, pergilah masuk tidur. Dah lewat ni. "
Dayyan menyuruh bibiknya masuk tidur kerana mereka mahukan privacy berdua.
YOU ARE READING
Bidadari Milik Aku!
Romansa🔞⚠[Mature Content] Maya Arabella lahir dari ketulusan hati seorang Zahra Sumayyah! Dia adalah bukti dari cantiknya paras dan hati,menjadi ciptaan terindah dari baiknya Tuhan pada hambanya,waktu tak pernah mengusaikan cantik luar dan dalamannya. Di...