Bab 45

14.1K 336 11
                                    

    👑"Bidadari pemilik jiwaku"👑

  Dato' Anas bangun dari katil dan berjalan ke bilik air. Sangkanya Yanna sudah keluar kerana isterinya itu memang tidak pernah lekat di rumah sejak dia terlantar sakit dari tahun pertama lagi.

  "Sayang! You dah boleh jalan? When? "

  Soal Yanna yang tiba-tiba muncul di pintu bilik mereka. Terkejut Dato' Anas dibuatnya.

  "Baru nak tahu? Dah setahun I boleh jalan tau! Dah setahun tau and now baru you nak tanya I bila I dah boleh jalan? Stop it la Yanna! Tak payah nak tanya. Sebab you memang tak harapkan I sembuh pun. Yang you cuma harapkan adalah bila I nak mati, right? "

  Perli Dato' Anas. Yanna mula panas punggung. Takut semua perbuatannya selama ini akan terbongkar bila suaminya itu sudah sembuh.

  "Apa you cakap ni sayang? Kan I jaga you masa you sakit? Kenapa cakap macam ni? "

  Yanna masih berpura-pura baik. Cuba menutup semua salahnya.

  "Sudahlah Yanna! You ingat I tak tahu yang you pernah cuba racun I? Nasib baik I tak makan makanan yang you bagi tau! Ubat-ubat you bagi tu pun I dah buang! I sebenarnya dah lama tahu niat jahat you! Apa yang you buat belakang I semua I tahu Yanna! Lima tahun I pendam rasa berbinikan isteri derhaka macam you tahu! "

  Pipi Yanna bagaikan ditampar. Berdesup telinganya mendengar pengakuan suaminya itu. Lagi takut bila suaminya itu sudah tahu semua perbuatan jahatnya selama ini.

  "Sayang... I..  I minta maaf sayang. I tak kan buat semua tu lagi sayang, maafkan I sayang.. Maafkan I.. "

  Yanna melutut di kaki Dato' Anas. Merayu-merayu minta diampunkan semua kesalahan yang pernah dilakukannya.

  "Lima tahun lebih I telan semua kata-kata hinaan you pada I. Selama itu juga I tengok you seronok berfoya-foya dengan Heykal. You buat I rasa tak berguna sangat Yanna. You curang dengan I di depan dan belakang I! You sanggup nak bunuh I sebab nak bolot semua harta I! Dan yang paling I tak boleh terima, anak I sendiri sanggup komplot dengan you untuk bunuh I! You rasa layak ke you dimaafkan? Jawab Yanna! "

  Yanna menangis. Takut. Bimbang jika dia diusir dari rumah itu. Ke mana lagi dia harus pergi?

  Dia sebatang kara di dunia ini. Dia membesar di rumah kebajikan. Dan bila keluar dari situ, dia buat kerja-kerja haram dengan menjual badan sambil menyambung pelajarannya di IPT swasta. Kemudian berkenalan dengan Heykal yang memberinya kemewahan hidup.

  Tapi dia tamak. Dia mahu lebih lagi. Sebab itu dia goda pula Dato' Anas, papa Heykal. Dia sanggup kecewakan Heykal demi harta benda yang akhirnya memakan dirinya sendiri.

  "Pergi! Aku tak nak tengok muka kau kat sini lagi! Pergi! "

  Tubuh Yanna ditolak kuat sehingga dia tersembam ke lantai. Dato' Anas memanggil bibik untuk mengemaskan semua barang-barang Yanna dan menghumbannya ke luar.

  "Sayang... I mengandung sayang. Please, kesiankanlah I.. "

  Rayu Yanna lagi. Perutnya dipegang lalu diusap sambil dia  menangis tersedu-sedan.

  "Aku tak pernah sentuh kau semenjak aku sakit tau. Dan kau pun tahu kau sendiri pun tak benarkan aku sentuh kau kononnya kau jijik dengan orang cacat macam aku kan? Sekarang kau nak aku kesiankan kau yang mengandungkan anak jantan entah mana-mana tu? Pergi mampuslah! Aku nak tahu kau berambus dari rumah aku sekarang jugak! Berambus! "

  Sekali lagi Dato' Anas menolak Yanna kuat sehingga dia tergolek ke tangga. Dia menjerit sakit sambil memegang perutnya. Namun Dato' Anas langsung tidak mempedulikannya lagi.

Bidadari Milik Aku!Where stories live. Discover now