👑"Bidadari pemilik jiwaku"👑
Ditenung wajah ayu dan polos wanita itu. Timbul riak kasihan di hati Dayyan. Kesan lebam dibibir dan pipi jelas kelihatan pada kulit putih itu. Hati Dayyan meronta-ronta ingin mengetahui apa sebenarnya yang berlaku di antara sahabat baiknya Heykal dan siapakah gerangan wanita cantik ini.
"ABANG!Sakit! Tolong jangan bunuh anak kita abang,tolong abangggg.." lirih suaranya meminta simpati.
"Cik..bangun cik! Cik ok ke?" soal Dayyan lembut.
Wanita itu perlahan membuka matanya. Dia memandang sekeliling. Tempat ini agak asing baginya. Matanya melilau mencari sesuatu.
"Aa..aw..awak siapa??? Saya kat mana ni?" soalnya lemah sambil tangannya perlahan memicit kepala. Sakit barangkali. Kemudian tangannya beralih pula ke perutnya yang kempis. Air matanya tumpah lagi.
"Anak saya selamatkan? Anak saya tak ada apa-apa kan?"soalnya bertubi-tubi kepada Dayyan Iskandar.
"Cik..cik tenang dulu ye. Syukur Alhamdulillah semuanya selamat. Anak cik tak ada apa-apa. Kandungan cik dah masuk 2 bulan kan? Lepas ni cik kena lebih hati-hati ye.Ni suami cik ke?"tanya doktor Anita tersenyum manis.
Dayyan ternganga. Tak tahu apa yg harus dijawab. Akhirnya dia mengangguk perlahan. Sumayyah hanya diam memerhati. Suami? Nama lelaki itu pun dia belum tahu ini kan pula nak mengaku sebagai suami? Fikirannya bercelaru. Wajah Heykal Hisyam bermain-main di fikirannya. Pipi mulusnya basah lagi.
Esok tengahari dia sudah dibenarkan pulang. Lelaki semalam yang telah menyelamatkannya itu telah berjanji akan datang mengambilnya.
"Namanya? Tak pula diberitahu. Mungkin terlupa barangkali. Ataupun mungkin sebab dia lihat aku asyik menangis, jadi dia tak mahu ganggu aku kot" bisik hati Zahra Sumayyah.
Pagi itu Dayyan bertekad ingin pergi ke pejabat Heykal. Dia ingin sekali mencungkil rahsia yang terpendam antara sahabat baiknya itu dengan wanita cantik yang diselamatkannya semalam.
"Assalamualaikum sahabat!" sapa Dayyan seraya menepuk belakang Heykal. Sengaja dia masuk ke dalam pejabat Heykal tanpa mengetuk pintu. Kebetulan Heykal tengah membelangkannya.Terkapa-kapa Heykal dibuatnya. Fail yang dipegang terlepas ke lantai.
"Ish kau ni! Terkejut aku! Weh...bila balik kau ni Ayyan?"ucap Heykal sambil mengusap dadanya yang bidang.Salam Dayyan tidak dijawab.
"Aku balik pagi semalam. Ingat semalam jugak aku nk jumpa kau tapi badan ni letih sangat tertidur pulak. Lagipun bonda dengan daddy aku dah pesan jangan ganggu orang honeymoon malam-malam kan? "kata Dayyan sedikit berbohong menangkap riak cuak di wajah sahabatnya itu sambil tangannya dihulur bersalaman mesra dengan sahabatnya itu.
"Eh, mana ada honeymoonnya la.. tapi semalam aku tak ada kat rumah. Nasib kau tak datang. Aku ada hal dengan isteri aku dekat luar" pintas Heykal cuba menipu.
Dayyan ketawa.
" Hal apa kawan? Hal buat drama 30 episod ke apa?" gumam Dayyan di dalam hati." Nah! Hadiah kahwin kau. Kira sekali buah tangan dari UK la ni ye? Sorry la aku tak dapat balik kau kahwin ari tu. By the way, lupa aku nak tanya Yanna sihat ke? " sengaja Dayyan cuba menduga Heykal. Walaupun tahu bukan Yanna yang jadi isteri Heykal sekarang ini.
" Er...Yanna? Dia ok. Ada tengah jaga papa aku tak berapa sihat sekarang ni. Kenapa kau tiba-tiba tanya pasal Yanna?" berubah riak wajah Heykal.
" Yelah, mestilah aku tanya. Kan dia wife kau? Manalah tahu kot-kot dah ada isi ke? Tak sabar aku nak tunggu anak buah ni" Dayyan bersuara seakan mengusik. Walhal dalam hati sengaja ingin menduga perasaan Heykal.

ANDA SEDANG MEMBACA
Bidadari Milik Aku!
Romansa🔞⚠[Mature Content] Maya Arabella lahir dari ketulusan hati seorang Zahra Sumayyah! Dia adalah bukti dari cantiknya paras dan hati,menjadi ciptaan terindah dari baiknya Tuhan pada hambanya,waktu tak pernah mengusaikan cantik luar dan dalamannya. Di...