Bab 39

12.1K 335 10
                                        

  👑"Bidadari pemilik jiwaku"👑

   "Datuk Khairul bin Datuk Kassim, maaf. Sila ikut kami ke balai. Kami ada waran tangkap ke atas Datuk kerana Datuk telah didapati merancang untuk melakukan perbuatan jenayah kepada Encik Dayyan dan keluarganya."

  Pegawai polis berpangkat Inspektor bernama Hakim itu meredah masuk ke dalam bilik mesyuarat yang sedang diduduki oleh Datuk Khairul bersama staff-staffnya. Terkejut Datuk Khairul menerima kunjungan tetamu yang tak disangka-sangkanya itu.

  "Apa ni? Aku tak buat salah! Kenapa kena tangkap aku? Aku tak buat apa-apa pun lah! "

  Tengkingnya kuat. Dua orang anggota polis di belakang Inspektor Hakim terus menggari tangan Datuk Khairul tanpa menjawab soalan yang dikemukakannya.

  "Datuk, dua orang upahan Datuk kami dah tahan di balai. Setelah soal siasat dilakukan, ternyata Datuk adalah dalang utama di sebalik perbuatan ini. Sila bagi kerjasama Datuk. Apa-apa pertanyaan nanti saya akan jawab di balai. "

  Tegas jawapan Inspektor Hakim. Dua anggotanya diarahkan membawa Datuk Khairul masuk ke dalam kereta Proton Preve milik PDRM untuk ke balai. Semua staffnya terpinga-pinga melihat kejadian itu. Ada di antara mereka bercakap sesama sendiri tentang penahanan majikan mereka itu yang bersangkut paut dengan Dayyan Iskandar Tan Sri Muhammad pesaing mereka yang baru-baru dilanda kontroversi berkaitan kes bencana alam yang telah meragut nyawa beberapa pekerjanya.

  Berikutan penahanan itu, Dayyan juga dimaklumkan agar segera ke balai untuk membuat pengecaman ke atas suspek yang ditangkap polis kerana menjadi perancanh utama kejadian pecah rumah dan cubaan mencederakan dirinya dan keluarganya baru-baru ini.

  "Sayang...  Tadi polis call abang, diorang bagitahu Datuk Khairul dah ditangkap. Abang nak pergi balai jap ye. Sayang ada nak keluar ke mana-mana ke? "

  Maya yang sedang menyiram pokok di halaman dihampiri lalu dipeluk dari belakang oleh Dayyan.

  "Datuk Khairul papa Deeja tu?"

  Tanya Maya kembali. Senyuman nipis dikoyakkan buat suaminya.

  Dayyan mengangguk. Dagunya dilabuhkan di bahu isterinya itu.

  "Kesiannya..."

  "Hurm, siapa suruh dia buat semua tu? Berani buat beranilah tanggung.. Ni abang tanya tadi tak jawab lagi pun. Sayang nak keluar mana-mana tak? Kalau nak keluar nanti lepas Pak Mat hantar abang ke pejabat abang suruhlah Pak Mat balik rumah ambil sayang...  Tak payah gatal nak naik teksi ke grab ke. Awak tu mengandung, nanti apa-apa jadi susah."

  Terang Dayyan panjang lebar. Siap pakej membebel lagi.

  "Sayang rasa tak pergi mana kot abang..  Cuma esok je abang kena teman sayang pergi klinik. Sayang ada check up. Tapi kalau abang busy takpe Pak Mat hantar jelah sayang boleh masuk sorang.. "

  "Jap lagi abang check schedule abang. Kalau abang free esok abang temankan sayang ok? Nanti dah habis kerja tu masuk dalam tau. Rehat. Panas kat luar ni.."

  "Ok abang... Sikit je lagi ni. Nanti sayang masuk ye. Over-protected la abang ni! Pergilah buat kerja abang tu.. Berat lah badan abang kat belakang sayang ni.. "

  "Amboii halau abang ye.. Huhu merajuk! "

  Dayyan menyilangkan tangannya ke dada. Mukanya dimuncungkan tanda merajuk dengan isterinya itu.

  "Alolo... Ni daddy oiii elok sangatlah muka macam cekodok tak jadi tu? Baby tengok daddy tu, kalau merajuk mengalahkan pompuan tau! Mulut tu muncung boleh sangkut pasu mommy dah ha...Dahlah merajuk sikit-sikit. Nanti malam mommy bagi upah ek.. "

Bidadari Milik Aku!Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang