🔞⚠[Mature Content]
Maya Arabella lahir dari ketulusan hati seorang Zahra Sumayyah!
Dia adalah bukti dari cantiknya paras dan hati,menjadi ciptaan terindah dari baiknya Tuhan pada hambanya,waktu tak pernah mengusaikan cantik luar dan dalamannya.
Di...
Selesai mandi dan solat maghrib, Maya berbaring di sofa di dalam bilik suaminya itu. Dayyan tadi turun ke bawah kerana ada hal yang ingin dibincangkan bersama daddy.
Maya terlelap. Letih. Anak-anaknya sudah ditidurkan lebih awal tadi sebelum dia mandi.
Dayyan naik ke atas setelah selesai perbincangan dengan daddy berhubung projek baru mereka di Kedah. Pintu biliknya ditolak perlahan.
Maya dilihat sedang merengkot tidur di atas sofa dengan hanya memakai singlet berwarna hitam serta seluar tidur bercorak polkadot. Dayyan menghampiri Maya.
"Sayangg.... Kenapa tidur dekat sofa? Sakit badan nanti... Bangun tidur dekat katil jom.."
Rambut Maya diusap perlahan. Maya merengek manja.
"Hurmmm... Sayang ngantukkk..."
"Tahu mengantuk... Kalau mengantuk jomlah tidur atas katil... Ke nak abang dukung kan? "
"Abanggg.... Nak pelukkkk.. "
"Peluk je ke? Lain tak nak? "
Dayyan membaringkan tubuhnya di sebelah Maya. Tangannya melingkar di perut Maira.
Maira turut merangkul manja leher suaminya itu. Hidung mereka bertemu.
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
"Abangggg.."
"Ye sayanggg... "
"Abang sayang Maya tak? "
"Mestilah abang sayang... Pertama kali jumpa sayang pun abang dah jatuh cinta jatuh sayang. Kenapa? Tak percaya ke? "
"Eh, tak! Bukan tak percaya.. Maya tahu abang sayangkan Maya... Tapi.. Sebelum jumpa Maya abang memang tak pernah bercinta ke?"
Dayyan mendongak memandang wajah Maya. Hairan mungkin kerana tiba-tiba sahaja Maya bertanya tentang kisah silamnya.
"Pernah! Abang ni hot la jugak sebab tu ramai peminat. Tapi setakat cinta-cinta monyet jelah. Yang serius tu dah tak ada jodoh.. Sebab jodoh abang Allah dah tetapkan dengan sayang.... "
" Ye ke? Macam tak percaya je... "
"Kenapa sayang cakap macam tu? "
"Takde apalah abang... Saja tanya je. Sebab sayang tak pernah tahu pun pasal hidup abang sebelum sayang kenal abang.. Teringin jugak nak tahu. Tu pun kalau abang tak keberatan nak cerita la... "
Dayyan menjungkitkan keningnya. Permintaan Maya malam ini seolah-olah Maya sudah mengetahui sesuatu berkaitan dirinya namun mungkin Maya mahu dia jujur jadi dia perlu berterus terang.
Mungkin lebih baik Maya mengetahui tentang dirinya dari dia sendiri daripada dia perlu mendengar daripada mulut orang lain. Dayyan tak mahu hati Maya terluka.
"Betul sayang nak tahu pasal diri abang ni? Janji tak cemburu? "
"Nak cemburu kenapa pulak? Benda dah lepas pun kan... Saja jelah sayang nak kenal abang lebih dekat... Boleh kan? "