Bab 7

32.8K 547 6
                                        


👑"Bidadari pemilik jiwaku"👑

🚘Dayyan Iskandar🚘

Setiap hari yang aku lalui sungguh indah ku rasakan. Kehadiran Maya,Zahyra dan Zahyrul menambahkan lagi seri dalam hidupku. Melihat mereka bahagia sudah cukup untuk membuat aku bangga. Maya adalah sebahagian dari hidup aku. Anak-anak Maya adalah pelengkap dalam hidup kami. Tanpa mereka aku bagai hilang separuh dari jiwa aku sendiri.

Bonda tersenyum menghampiri aku apabila melihat aku yang sedang menggendong Zahyra bersama botol susu di tanganku sambil menuruni tangga perlahan-lahan.

"Hero bonda ni ada gaya dah nak jadi bapak budak ni.."usik bonda.

"Eh,mestilah bonda. Dah lama dah praktis ni! Tapi kan bonda seronok juga kalau ada isteri kan?Ada jugak orang layan kita macam raja.." aku sengaja menduga perasaan Maya yang sedang memangku Zahyrul di sofa.

Maya hanya tersenyum memandang aku. Bonda pun sama.

"Ha..baguslah! Cepat-cepat bawa calon tu jumpa bonda. Tak sabar bonda nak ada menantu ni. Cucu dah ada, anak perempuan dah ada. Cuma menantu aje yang belum ada ni!" riak teruja bonda terpancar di wajahnya.

"Ayyan tak ada calon la bonda. Awek pun tak ada macam mana nak kawen???Acaner tu bonda?" aku ketawa kecil. Maya ku pandang sekilas. Aku sengaja memancing perasaannya.

"Bagus! Kalau tak ada calon lagi nanti biar bonda yang carikan! Ramai kawan-kawan bonda yang ada anak dara. Pilih je nak yang bertudung ke nak yang macam pramugari ke, model ke semua ada. Tapi kalau boleh biarlah yang sedap mata memandang ye Ayyan. Paling penting bukan kaki clubbing! Kalau pandai masak lagi bagus!"bonda dah mula meletakkan syarat-syaratnya. Maya masih diam tidak berkutik. Jemarinya mengusap pipi tembam Zahyrul.

"Maya, kamu kat kolej tu tak ada boyfriend ke? Manalah tahu kan... muka cantik lawa mcm ni mestilah ada yang minat. Betul tak Ayyan" bonda pandang muka aku.

Eh,eh bonda ni. Aku yang nak uji perasaan Maya, yang bonda sibuk nak test aku pulak dah kenapa? Tak apalah. Aku layankan aje. Nak tengok jugak apa si Maya ni nak kata.

"Eh bonda ni.. Maya mana ada boyfriend. Maya bercinta pun tak reti. Tup-tup tiba-tiba dah kena kawen. Pulak tu dengan orang yang Maya tak kenal hati budi dan tak tahu pun perangai macam mana. Last-last jadi janda. Bonda... mana ada lelaki nak janda anak dua macam Maya ni...dahla tak lawa comot pulak. Tak pandai bergaya lagi. Kalau ada pun lelaki tu mesti gila la bonda.Tak pun mata dia ada masalah!" ketawa kecil Maya di hujung ayatnya itu. Perli aku ke apa budak ni? Sekeh kepala kang..

"Baguslah kalau tak ada Maya. Lebih baik fokus pada study tu dulu. Bina kerjaya untuk masa depan budak berdua ni. Jodoh tu bila-bila masa boleh datang. Lagi pun Maya muda lagi. Baru 21 kan? Masa depan masih jauh lagi sayang.. lain lah si Ayyan ni! Dah tua bangka pun tak reti-reti lagi nak menikah. Nak tunggu daddy dengan bonda pegang tongkat kot baru nak bagi bonda cucu agaknya!" leter bonda.

"Bisinglah bonda ni. Maya jom shopping. Kita bawa Zahyra dengan Zahyrul sekali. Bonda tak payah ikut. Kacau daun je..." pintas aku menghentikan perlian bonda. Kini giliran aku pula pula mengusik bonda. Bonda ku lihat sudah mengetap bibir.Geram. Aku mengajak Maya naik ke atas bersiap.

👑👑👑👑👑

👑👑👑👑👑

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
Bidadari Milik Aku!Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang