Bab 10

35.5K 509 9
                                        

👑"Bidadari pemilik jiwaku"👑

1 Bulan Kemudian

Majlis pertunangan Maya dan Dayyan diadakan serentak pada hari yang sama dengan hari akad nikah mereka.

Cuma bezanya hanya 2 jam iaitu majlis bertunang diadakan pukul 3 petang manakala majlis akad nikah pada pukul 5 petang.

Maya cantik dalam persalinan serba putih untuk majlis bertunang. Rambutnya yang di dandan rapi menyerlahkan lagi kejelitaannya bak bidadari dari kayangan.

Cincin pertunangannya disarung oleh bonda sambil diperhatikan Dayyan penuh minat

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.

Cincin pertunangannya disarung oleh bonda sambil diperhatikan Dayyan penuh minat.

Tersengih-sengih apabila diusik oleh saudara mara daddy dan bonda melihat keterujaannya bergelar tunangan orang.

Dayyan yang berkemeja putih sedondon dan berseluar slack hitam nampak kacak disisi Maya.

Sesekali Dayyan mengusik Maya dengan pelbagai mimik muka yang melucukan. Telatah Dayyan dan perangai gila-gilanya menghiburkan Maya dan tetamu-tetamu jemputan mereka.

Zahyra dipakaikan dress kembang rona serupa dengan headband menyerlahkan lagi kecomelannya manakala Zahyrul yang dipakaikan rompers ala-ala kemeja juga berwarna sama seperti Dayyan tampak seperti pasangan kekasih kepada Zahyra

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.

Zahyra dipakaikan dress kembang rona serupa dengan headband menyerlahkan lagi kecomelannya manakala Zahyrul yang dipakaikan rompers ala-ala kemeja juga berwarna sama seperti Dayyan tampak seperti pasangan kekasih kepada Zahyra.

Ramai tetamu jemputan yang merupakan kenalan Tan Sri Aziz dan Puan Sri Aisyah ternyata kagum dengan kecomelan dan telatah kedua kembar itu. Daddy dengan bonda tidak kekok memperkenalkan Zahyra dan Zahyrul sebagai cucu mereka.

Dayyan yang tidak membuang mata memerhatikan Maya sedari tadi tiba-tiba dikejutkan dengan suara Heykal. Yanna dan Heykal bergandingan masuk ke dalam khemah menyalami daddy dan bonda.

Dayyan cuak. Risaunya kepada Maya bukan kepalang. Apalagi bila melihat Zahyra dan Zahyrul yang didukung bonda dan daddy.

Terpaksa juga dimaniskan mukanya khuatir jika Heykal mula mengesyaki sesuatu tidak kena dengan dia.

"Hai darah manis! Dalam senyap-senyap je kau kan.. Nak bertunang pun tak jemput aku. Sampai hati kau.. "ucap Heykal sambil tangannya disuakan kepada Dayyan. Yanna disebelah hanya tersengih-sengih.

Bidadari Milik Aku!Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang