Bab 44

14.1K 327 16
                                        

     👑"Bidadari pemilik jiwaku"👑

  

   "Sayanggg... Tu! Tengok sana. "

  Dayyan menarik Maya yang sedang asyik bermain ombak di pesisir Pantai Hulhumale. Arah yang ditunjukkan Dayyan dipandang sekilas.

  Kelihatan seorang lelaki dan perempuan sedang bermesraan di tepian pantai.

  "Kenapa? Biasalah tu . Pasangan tu pun entah-entah sama macam kita. Datang sini honeymoon ke.."

  "Bukan! Cuba sayang tengok betul-betul orang tu. Sayang tak kan tak perasan langsung?"

  Maya cuba memerhati lagi. Namun jarak yang agak jauh menyukarkan dia untuk mengecam identiti pasangan itu .

  "Tak berapa jelas la abang...  Kenapa?  Kawan abang ek? Kalau dah kenal pergilah tegur. Nanti diorang cakap abang sombong pulak.."

  Dayyan menelan liur. Biar betul isterinya ni.. Takkanlah langsung tak cam?

  "Ish! Tak naklah abang! Tapi kan sayang... Takkan lah sikit pun sayang tak cam? "

  Sekali lagi Dayyan cuba menyoal. Mahukan kepastian dari isterinya itu.

  Maya masih lagi menggeleng. Disambungnya kembali aktiviti yang tertangguh tadi. Galak kakinya meloncat apabila ombak datang membasahi kain pario batik yang dipakainya itu.

  "Tu nampak macam Heykal. Maknanya dia dah keluar dari penjara la kan? Tapi perempuan kat sebelah dia tu siapa pulak ek? Sayang kenal tak? "

  Terbeliak mata Maya apabila suaminya itu menyebut nama Heykal. Lantas ditolehnya semula ke arah pasangan yang dimaksudkan oleh suaminya sebentar tadi.

  Wajah lelaki itu diamati lagi. Benar! Memang itu Heykal. Heykal Hisyam. Bekas suaminya. Tapi wajah wanita disebelahnya itu memang langsung tidak dikenalinya. Pastinya itu bukan Yanna.

  "Sayang tak tahu la abang.. Tak kenal pun. But, correction okay! Kalau boleh, dengan Heykal tu pun sayang tak nak kenal. Banyak masalah yang akan timbul nanti kalau dia nampak kita kat sini."
 
  Balas Maya selamba. Dayyan mengiyakan kata-kata isterinya itu. Memang ada benarnya juga. Nanti kalau angin gila dia sampai, boleh kecoh satu pulau ni.

  "Hurm..yelah. Jomlah. Kita balik villa. Nanti dia nampak kita susah pulak. Kalau datang otak tak betul dia tu, tetiba je nak sayang balik, haru biru hidup abang ni jadinya. Nanti tak pasal-pasal abang pun turut jadi gila sama. "

  Dayyan terus menarik tangan Maya sambil pinggang isterinya itu dirangkul kemas.

  "Mana boleh suka-suka hati nak bini orang? Apa dia ingat sayang ni bola ke boleh tendang sana sini?"

  Maya mengikut juga langkah kaki suaminya itu walaupun mulutnya masih potpet membebel tentang Heykal.

  "Sebab dia tu tak waras la yang abang takut sangat dia buat tindakan gila kat sayang nanti. Tapi kan, abang ni tertanya-tanya jugak, siapa agaknya perempuan yang dengan dia tadi tu? Stok baru dia ke? Habis apa jadi dengan cinta mati dia si Yanna tu? "

  Maya mengangkat bahu tanda tidak tahu. Jujurnya kalau boleh dia langsung tak nak ambil tahu pun tentang kehidupan bekas suaminya itu. Biarlah dia. Mungkin hidayah Allah belum sampai lagi padanya.

  "Abang, kita doakan yang baik-baik jelah ye untuk dia. Semoga Allah berikan dia kesedaran suatu hari nanti. Abang, sebab hari ni last day kita kat sini,jom kita cari souvenir nak bawa balik nanti. Kita belilah kat staff-staff kita sekali. Boleh? "

  Kata Maya sambil lengan suaminya yang dipaut erat.

  "Boleh sayang... Memang pun abang ingat nak beli kat semua staff-staff kita. Uish, banyak jugak tu kan? Satu ofis, staff restoran sayang lagi, staff Yayasan, rumah kebajikan dengan pusat tahfiz, penuh bot tu nanti dengan barang-barang kita je.. "

Bidadari Milik Aku!Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang