🔞⚠[Mature Content]
Maya Arabella lahir dari ketulusan hati seorang Zahra Sumayyah!
Dia adalah bukti dari cantiknya paras dan hati,menjadi ciptaan terindah dari baiknya Tuhan pada hambanya,waktu tak pernah mengusaikan cantik luar dan dalamannya.
Di...
Maya yang baru habis kuliah pagi hari itu terus bergegas ke office membantu Dayyan menguruskan syarikat. Disebabkan keretanya masih berada di bengkel,dia menaiki kereta Toyota Alphard milik arwah daddy pada hari itu.
Dayyan pula awal-awal lagi sudah keluar ke pejabat kerana ada mesyuarat penting berkaitan projek yang tertangguh di Kedah kerana kematian daddy dan bonda tempoh hari.
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
Maya terasa dirinya seperti diekori seseorang. Namun bila ditoleh tiada sesiapa pun yang berada di belakangnya. Fikirnya mungkin hanya mainan perasaannya sahaja.
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
Tanpa dia sedar, sememangnya dia sedang diekori oleh orang-orang yang diupah oleh Deeja. Kerana rasa sakit hati ,dia mengupah orang untuk memotong brek kereta yang dinaiki Maya. Mereka sangka kereta arwah daddy itu adalah kereta Maya.
Jika Maya dihapuskan, peluangnya untuk memiliki Dayyan agak cerah. Kebetulan pula Maya sendiri yang menyediakan peluang itu hari ini, jadi dengan mudahnya dia meneruskan perancangan jahatnya.
"Sayang, datang dengan apa ni? Pak Mat hantar ye? "
Sapa Dayyan sebaik melihat Maya melangkah masuk ke dalam pejabat. Kebetulan Dayyan baru habis bermesyuarat dengan ahli-ahli Lembaga Pengarah syarikatnya.
"Sayang naik kereta arwah daddy.. Sayang drive sendiri, tak nak susahkan Pak Mat. Kereta sayang macam mana? Lambat lagi ke nak siap?"
"Laa...kenapa bawa kereta daddy? Abang tak hantar servis lagi tu. Abang ingat hari ni atau esok nak suruh Pak Mat bawa pergi servis. Takpe macam ni. Jap lagi sayang balik drive kereta abang. Kereta daddy biar abang je bawa balik. Kalau sempat abang hantar kedai terus servis lagipun sayang nak guna kereta tu jugak kan sementara kereta sayang nak siap..ok? By the way kereta sayang seminggu lagi baru siap sebab ada spareparts yang diorang kena order. Tu yang lambat sikit tu. "
"Sorry abang... Sayang tak tahu kereta tu tak servis lagi. Lagipun tadi masa sayang keluar, Pak Mat tak sampai lagi. Sorry tau... "
Maya memaut lengan Dayyan. Segaris senyuman dilemparkan ke arah Dayyan. Dayyan turut berbalas senyum.