👑" Bidadari pemilik jiwaku"👑Maya baru keluar dari bilik air. Melihat Zahyra dan Zahyrul sudah tidur, Maya juga melabuhkan punggung ke tilam empuknya. Semasa ingin mengambil bantal,tiba-tiba tangannya tersentuh sesuatu.
"GUCCI! Aku rasa tadi aku tak beli apa-apa pun kat butik tu. Abang Ayyan punya kot tertinggal kat bilik aku ni. Tapi tadi tak nampak dia beli apa-apa pun. Eh...apa benda ni?" Maya bercakap sendirian. Pelik.
Tangan Maya ligat membuka isi kotak itu.Terkejut dia melihat kasut idamannya itu. Di tiliknya kasut itu lama. Air matanya mula menitis.
"Abang.... terima kasih..." ucapnya perlahan di dalam tangisan.
👑👑👑👑👑"Abang! Nanti dulu! Maya ada benda nak cakap dengan abang." Maya menahan Dayyan dari menuruni tangga.
"Maya...abang ada meeting pagi ni. Abang nak cepat ni. Kita cakap petang nanti ye." tergesa-gesa Dayyan mencapai briefcasenya lalu turun ke bawah.
Notifikasi telefon bimbit Maya berbunyi. Ada satu mesej masuk melalui aplikasi Whatappsnya.
📩📩📩
"Abg dah suruh Pak Mat hantar Maya ke kolej. Sorry tau abg bz sngt ari ni. Tp nnti balik abg jemput ye. Tggu abg tau.😘😘😘😘"- Dayyan
"Pak Mat dh gtau td.Ok abg.😊"-Maya.
💔💔💔💔💔
"Maya,hujung minggu ni bonda ingat nak bawa family Tan Sri Aziz dengan Puan Sri Aliah dinner kat sini la. Bukan apa, bonda ni nak kenalkan anak diorang tu Ezlynda dengan Ayyan. Harap nak tunggu si Ayyan tu cari calon isteri, berjanggut la jawabnya. Maya tak pergi mana-mana kan hujung minggu ni?" tanya bonda kepada Maya.
Maya terdiam. Roti bakar yang dikunyah terasa tidak mampu untuk di telan lagi. Perlahan Maya mengangguk.Maya bangun meminta diri untuk pergi ke kolej. Tidak betah berlama-lama lagi di hadapan bonda. Kata-kata bonda seolah-olah menyentap tangkai hatinya. Tak mungkin dia cemburu, tidak! Dia tidak boleh mengizinkan hatinya untuk jatuh cinta dengan Dayyan. Dia tidak layak untuk lelaki sebaik Dayyan Iskandar. Maya perlu sentiasa sedar diri dan sedar akan status yang disandangnya kini. Matanya berkaca menahan air mata yang hampir gugur di pipi.
🍃🍃🍃
Dayyan setia menunggu di hadapan kolej Maya. Maya dilihat baru turun dari tangga kolejnya bersama-sama dua orang kawan perempuannya. Mereka berbisik sesama sendiri sambil tergelak mengekek-ngekek.
"Maya,hensem giler abang kau! Aku nak try boleh tak ?"soal Linda sambil mengenyitkan matanya.
"Gatal kau eh! Tak nak aku jadi adik ipar kau!" balas Maya sambil mencebikkan bibirnya.
"Abang kau tu tak ada gf ke Maya? Takkanlah muka hensem macam tu tak ada gf. Tak cayalah aku!"sampuk ella disebelahnya.
"Mana aku tahu lah. Ni kalau korang nak tahu sangat pergilah tanya dia sendiri."jawab Maya selamba sambil berjalan ke arah Dayyan meninggalkan Ella dan Linda di belakang.
"Abang! Ni Ella dengan Linda tanya...abang ada gf tak?"soal Maya tenang sambil tersengih-sengih ke arah mereka.
"Ada! Maya la gf abang! Kenapa?"matanya dikenyitkan ke arah Maya. Tersedak Maya mendengarnya. Terkejut.Ella dan Linda membuntangkan mata ke arah Maya.
"Dahlah abang! Jom balik! Merepek je tau. Bye ella. Bye Linda. Jumpa esok." Maya terus masuk ke dalam kereta. Dayyan juga turut masuk sambil tersenyum ke arah Ella dan Linda.

ANDA SEDANG MEMBACA
Bidadari Milik Aku!
Romance🔞⚠[Mature Content] Maya Arabella lahir dari ketulusan hati seorang Zahra Sumayyah! Dia adalah bukti dari cantiknya paras dan hati,menjadi ciptaan terindah dari baiknya Tuhan pada hambanya,waktu tak pernah mengusaikan cantik luar dan dalamannya. Di...