👑Bidadari pemilik jiwaku 👑
"Macam mana honeymoon? Best?"
Tanya Tan Sri Muhammad sebaik Dayyan melangkah masuk ke dalam rumah. Maya disisinya mengambil Zahyra dari tangan bonda lalu didukungnya.
"Best gilerlah daddy. Rasa macam nak pergi lagi tapi kali ni daddy sponsor Italy pulak lah!"
Dayyan mengambil Zahyrul dari dukungan daddy. Mengepak-ngepak Zahyrul seronok melihat daddy dan mummynya sudah balik.
"Amboiii.. dari daddy sponsor kamu baik daddy je pergi honeymoon dengan bonda.. Manalah tahu kot-kot kamu dapat adik lagi. Bolehlah main dengan anak-anak kamu..."
Bonda menampar lengan daddy manja. Maya dan Dayyan bantai gelak berdekah-dekah.
"Agak-agak lah daddy. Bonda tu nak mengandung pun dah tak padan tau! Nanti Ayyan tak leh la nak manja tidur atas riba bonda, tak payahlah ek..."
"Ehhh... Kamu tu dah ada Maya,pergilah tidur atas riba Maya tu.. Kali ni bagilah daddy chance nak manja-manja pulak dengan bonda kamu,kalau dapat adik baru best jugak,takdelah kamu asyik nak berkepit bawah ketiak bonda je..."
"Maklumlah, abang kan anak mak... Daddy tahu tak, sampai kat sana pun asyik dok rindu masakan bonda, jenuh mana nak cari.. "
Sampuk Maya menggelakkan Dayyan. Dayyan memuncungkan mulutnya.
"Kalau macam tu Maya kena belajar masak masakan bonda lah! Takpe, nanti free takde class bonda ajarkan ye. "
Bonda mencelah. Belakang Maya ditepuk lembut.
"Oohh.. tak boleh. Hari Maya takde class daddy nak Maya datang office, banyak benda Maya kena belajar. Daddy ni bukan nak menongkat langit,kalau daddy takde nanti sekurang-kurangnya kamu berdua ada boleh uruskan bisnes kita baik-baik. Untuk masa depan kamu jugak, masa depan budak-budak ni.. "
Daddy bersuara. Maya memegang lengan daddy.
"Apa daddy ni... Janganlah cakap bukan-bukan macam ni. Daddy tak sayang Maya ke? Tak sayang cucu-cucu daddy ni ke?"
Maya mula sebek. Tak sanggup dengar dan lalui kehilangan lagi. Cukuplah dia pernah hilang kedua ibubapanya dan juga makciknya dulu, dia tak mahu hilang keluarga barunya ini lagi. Terutamanya daddy.
Daddy banyak bersusah payah menguruskan halnya dari dia mengandung, bersalin,urusan makan pakai anak-anak kembarnya, penceraiannya dengan Heykal, sambung belajar, sampailah dia berkahwin dengan Dayyan, semuanya atas usaha Daddy.
Bersyukur dia mempunyai seorang ayah yang sangat bertanggungjawab dan penyayang seperti daddy. Walaupun sedar dia bukanlah anak kandung daddy, namun kasih sayang yang daddy curahkan padanya sangat melimpah ruah bagai ditatang dalam minyak yang penuh.
"Maya... Suatu hari nanti Daddy dengan bonda akan pergi jugak. Sebab tu lah daddy nak Ayyan dengan Maya usahakan bisnes kita elok-elok. Susah payah daddy bina Sinar Global ni. Dari satu company kecil sekarang dah bertapak kukuh sampai dah buka banyak cawangan kat seluruh Malaysia ni. Daddy harap sangat kamu berdua dapat jaga amanah daddy dengan baik... Boleh Ayyan, Maya? "
Maya mengangguk sambil wajahnya menunduk ke lantai. Dayyan menghampiri Maya. Tangan Maya digengam erat.
"Inshaallah daddy.. selagi Ayyan ada, Ayyan akan jaga company kita, jaga family kita macam Ayyan jaga diri Ayyan sendiri. Dah sayang... Tak mau sedih-sedih. Muka macam cekodok dah tu.. "
Sempat lagi Dayyan mengusik Maya. Hidung Zahyra ditariknya manja. Pipi Maya turut menjadi sasarannya. Dicubit lembut pipi gebu isterinya itu.
"Ha.. Aisyah, tak payah lah masak malam ni. Kita semua dinner kat luar je. Bukan senang nak dapat keluar sekali ramai-ramai ni..."

ANDA SEDANG MEMBACA
Bidadari Milik Aku!
Romance🔞⚠[Mature Content] Maya Arabella lahir dari ketulusan hati seorang Zahra Sumayyah! Dia adalah bukti dari cantiknya paras dan hati,menjadi ciptaan terindah dari baiknya Tuhan pada hambanya,waktu tak pernah mengusaikan cantik luar dan dalamannya. Di...