👑"Bidadari pemilik jiwaku"👑
"Hello Assalamualaikum Pak Mat. Macam mana keadaan kat sana? Abang macam mana? "
Suara Maya resah. Khuatir dia keadaan keselamatan di sana. Lebih merisaukan dia apabila pihak media melaporkan yang Dayyan cedera akibat dipukul perusuh yang bertindak melampaui batas.
"Aaaa.. Puan.. Tuan.. Tuan selamat Puan. Puan jangan risau ye. Nanti bila keadaan dah pulih sikit Tuan kata dia akan telefon Puan. "
Tergagap-gagap Pak Mat sedaya upaya cuba menutup kemas mulutnya agar tidak terlepas cakap tentang kejadian sebenar yang sedang berlaku terhadap suami majikannya itu.
"Ye ke ni Pak Mat? Tapi kenapa Maya rasa tak sedap hati ye? Betul ke abang ok? Tapi... "
Mahu saja dia beritahu yang dia sudah tahu bahawa suaminya tercedera melalui berita yang ditontonnya semalam tetapi dia khuatir jika dia bertanya mungkin Pak Mat akan berkecil hati seolah-olah seperti dia tidak percayakannya pula. Mungkin juga dia terlalu bimbang sehingga dia terbawa-bawa emosi dan terbayangkan yang tidak-tidak tentang suaminya itu.
"Takpelah Pak Mat. Nanti suruh abang call Maya balik tau. Maya tunggu. Pak Mat jaga abang baik-baik tau! "
Walaupun naluri isterinya kuat menafikan yang Pak Mat sebenarnya hanya mahu menyedapkan hatinya sahaja,namun dia tetap bersangka baik. Tidak mahu berfikiran negatif buat masa ini. Berita pun bukan semuanya betul. Info yang dilaporkan kadang-kadang kurang tepat juga.
Hanya doa sahaja yang mampu dihantar buat pengganti dirinya dan sebagai penguat semangat untuk suaminya disana.
Sepanjang malam Maya tidak dapat melelapkan mata kerana terlalu risaukan suaminya. Dia hanya terlelap seketika ketika azan subuh mula berkumandang.
"Sayanggg... "
Suara Dayyan bagaikan berbisik di tepi telinganya. Wajah Dayyan muncul tetapi dalam keadaan yang amat menakutkan sekali.
Wajah yang berlumuran darah itu nampak lemah tak bermaya. Seakan-akan memandang sayu dirinya yang sedang tidur di atas sejadah.
"Sayanggg... Doakan abang ye. Tunggu abang balik tau. Sayang jangan pernah tinggalkan abang walau dalam keadaan apa sekalipun. Janji tau! "
Dia bingkas bangun untuk memeluk tubuh suaminya itu namun apabila dirinya semakin hampir dengan tubuh Dayyan, bayang suaminya itu semakin mengundur ke belakang.
Lama kelamaan wajah itu semakin hilang. Maya mencari kelibat suaminya di semua ceruk dan pelusuk bilik mereka, tiada!
Panggilan pun tidak disahut. Suara yang tadinya bagaikan terlalu dekat menampar gegendang telinganya kini hilang tanpa dikesan.
"Abanggg! Abanggg? Abang? "
Tiba-tiba dia tersedar. Tubuhnya yang masih berbalut telekung itu terhinggut-hinggut menahan tangis. Segenap ruang bilik dipandang. Kosong! Sunyi!
Dia kembali terduduk di atas sejadah berwarna hijau emerald itu. Alamat apakah ini? Dayyan disana dalam keadaan baik atau sebaliknya? Allah...
"Ya Allah... Selamatkanlah suamiku dari bahaya dan bala bencana. Seperti mana dia pergi, pulangkanlah dia kembali kepadaku dalam keadaan yang baik dan sempurna. Sesungguhnya aku masih memerlukan dia membimbing hidupku Ya Allah.. Kasihanilah anak-anakku Ya Allah. Kasihanilah juga diriku Ya Allah.. Aku mohon Kau selamatkan suamiku saat ini sehingga dia kembali ke pangkuanku semula Ya Allah... Amiinn Ya Rabbal A'lamin.. "
YOU ARE READING
Bidadari Milik Aku!
Romansa🔞⚠[Mature Content] Maya Arabella lahir dari ketulusan hati seorang Zahra Sumayyah! Dia adalah bukti dari cantiknya paras dan hati,menjadi ciptaan terindah dari baiknya Tuhan pada hambanya,waktu tak pernah mengusaikan cantik luar dan dalamannya. Di...