👑"Bidadari milik jiwaku"👑
"Alhamdulillah sayang.... "Suara tangisan bayi yang kedengaran memecah kesunyian dewan bersalin itu. Dayyan berkali-kali mencium dahi isterinya itu sambil mulutnya tidak henti-henti mengucapkan syukur dan terima kasih kepadanya.
"Puan.. Ni bayi puan ye. Boy, sempurna, cukup sifat semuanya."
Bayi yang masih belum dicuci itu diangkat lalu diletak di atas tubuh Maya. Menitis air mata Maya tatkala bibirnya mencium rambut bayinya yang tebal itu. Airmata gembira.
"Thanks sayang sebab bagi baby yang comel ni kat abang."
Dayyan turut mengusap lembut pipi si comel yang masih kemerah-merahan itu. Apabila merasa jari mommy dan daddynya mengusap lembut kulitnya ,terus dia berhenti menangis.
"Puan, kita ambil baby dulu ye. Nak timbang nak cucikan dia. Nanti kita hantar baby dekat wad ye. "
Beritahu nurse kepada mereka berdua. Bayi yang tadinya diam kini mula menangis kembali apabila dia diangkat pergi dari dada ibunya.
*************
"Sayang... Nak letak nama apa ye kat baby? "
Tanya Dayyan kepada Maya. Bayi yang sedang lena di dalam dakapan Maya dicuit-cuit geram. Putih bersih kulitnya menyerlahkan lagi kecomelannya.
"Abang rasa nak letak nama apa?"
"Shah Rukh Khan! Tak pun Hirtik Roshan. Tak pun Mirza Altunia. Sedap tak? "
Maya ketawa. Ada pulak nama-nama artis Bollywood...
"Abang.. Elok-elok la. Main-main je abang ni. Kita bukan nak anak kita jadi warga Bollywood. Takmo! Cukuplah abang sorang je tu pun sayang dah tak larat bergelek berguling dah tau! "
Dayyan tersengih menampakkan barisan giginya yang putih bersih. Kacak.
"Ok-ok. Kali ni serius. Sebab abang dengan kakak dia bermula dengan huruf Z dan A.. Jadi kita letak nama Zahyril Alfio Raldo. Branded tu!"
"Zahyril.. Ok. Tapi kenapa belakang dia tu macam pelik je... "
"Memanglah pelik. Sebab tu nama kereta. Ish sayang ni.. "
Maya menampar lengan suaminya geram. Saja tau mengusik.. Hehe
"Abangggg! Kalau abang tak tahu nak letak nama apa sayang jelah letak. Tapi disebab kan ni anak sulung abang kita letak D kat depan ok?"
Dayyan laju menggeleng. Tak setuju.
"Nope! Abang tak nak sayang bezakan anak abang dengan anak-anak tiri abang. Ketiga-tiganya anak abang. Semua abang sayang macam nyawa abang sendiri. So kekalkan Z dan A tu. Abang tak nak Zahyra dan Zahyrul terasa hati nanti bila diorang dah besar."
Tegur Dayyan lembut. Maya menggangguk faham. Ada betulnya apa yang dikatakan suaminya itu. Jika berbeza nama tentu nanti ada yang mempersoalkan status mereka. Jadi untuk mengelakkan semua itu dia bersetuju dengan cadangan suaminya itu.
"Baik abang... So abang jelah letak. Maaf abang... Kali ni sayang tak sempat nak cari nama. Yelah kita kan sibuk. Takpelah, apa-apa je nama yang abang nak letak sayang setuju je. Asalkan bukan nama pelik-pelik yang tak masuk dek akal. Tau!"
Maya mengingatkan suaminya itu. Dayyan senyum sumbing. Tahu dia salah. Sengaja buat isterinya itu geram dan sakit hati kerana dipermainkan. Dayyan kaki mengusik.
"Kalau macam tu abang pergi solat kejap. Mana tahu dapat idea-idea nama yang baik,yang sempoi-sempoi untuk si comel Avengers ni... "
"Pergilah... Doakan sayang sekali tau! Peluk dulu boleh? "

ANDA SEDANG MEMBACA
Bidadari Milik Aku!
Romansa🔞⚠[Mature Content] Maya Arabella lahir dari ketulusan hati seorang Zahra Sumayyah! Dia adalah bukti dari cantiknya paras dan hati,menjadi ciptaan terindah dari baiknya Tuhan pada hambanya,waktu tak pernah mengusaikan cantik luar dan dalamannya. Di...