🔞⚠[Mature Content]
Maya Arabella lahir dari ketulusan hati seorang Zahra Sumayyah!
Dia adalah bukti dari cantiknya paras dan hati,menjadi ciptaan terindah dari baiknya Tuhan pada hambanya,waktu tak pernah mengusaikan cantik luar dan dalamannya.
Di...
Dayyan memegang kurung moden berwarna beige lalu ditunjukkan ke hadapan Maya. Bonda memerhati penuh minat.
"Yelah Maya.. Cantik.. Pergi cuba. Kalau muat terus kita beli ye?"
Ucap bonda sambil menelek baju itu. Maya mengangguk sahaja mengambil baju itu dari tangan Dayyan.
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
"Abang... Macam mana? Ok tak? "
Maya berposing ala-ala model di hadapan suaminya dan Puan Sri Aisyah. Dayyan memandangnya tak berkedip.
"Wow! Cantiknya sayang... Macam bidadari.."
"Yelah Maya... Bonda suka. Kain dia pun cantik. Selesa kan?"
Maya mengangguk. Baju itu memang cantik. Terletak elok di badannya.
"Aa..bonda.. Jom kita balik je lah! Tiba-tiba rasa mengantuk.. Ish! Sayang la ni buat abang tak tahan je tengok.. "
Dayyan mengenyitkan matanya ke arah Maya.Geram melihat Maya yang nampak sangat jelita dalam pakaian itu.
"Ayyan....."
Bonda memulakan jelingan mautnya. Dayyan menggaru-garu kepalanya sambil tersengih-sengih.
"Sayang pergilah tukar baju. Kita bayar. Abang tunggu dekat kaunter tau. Lagi lama sayang pakai lagi geram abang tengok! "
Kata Dayyan sambil memegang tangan Maya. Sempat lagi Dayyan menerbangkan flying kissnya kepada Maya semasa Maya mahu melangkah ke fitting room. Bonda yang memerhatikan gelagat Dayyan hanya tersenyum menggeleng.
Selesai membuat pembayaran, mereka singgah di sebuah restoran untuk makan.
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
Zahyra dan Zahyrul juga seronok apabila dibelikan aiskrim oleh Dayyan.
"Sedap tak sayang-sayang daddy mamam aiskrim? Nyum-nyum..."
Bonda ketawa melihat keletah kedua kembar comel itu yang menjilat-jilat aiskrim yang disuakan oleh Dayyan.
"Ala... Habis dah comot anak mommy... Daddy ni kan... Suap elok-elok la..cian anak mommy.. "