👑"Bidadari pemilik jiwaku"👑
Dayyan dan Pak Mat bergerak dari satu bank ke satu bank untuk memohon pinjaman peribadi bagi menampung sedikit keseluruhan kos pembaikan yang perlu dicukupkannya. Biarlah dia susah sedikit dari terpaksa susah selamanya kerana termakan budi orang yang hanya mahu mengambil kesempatan.
Namun, pinjaman bank yang mampu diperolehnya cuma Rm 40 juta sahaja. Masih berbaki lagi Rm10 juta. Mana lagi nak dicekaunya ni? Buntu Dayyan dibuatnya.
Setelah 4 hari berkampung di Alor Setar hari ini dia pulang kembali ke Kuala Lumpur. Terlalu rindu dia dengan isteri dan anak-anaknya.
Kecederaan di kepalanya sudah makin pulih cuma hanya berparut sedikit di bahagian dahi. Mukanya yang lebam juga sudah kembali normal seperti sediakala. Makin hensem tetapi sedikit hitam sebab banyak main panas.
Cuaca di utara ni memang agak terik, kalau hujan boleh sampai banjir, tapi bila dah panas terlalu membahang la pula macam duduk di sahara. Sampai kulit putih pun boleh tukar jadi hitam-hitam manis gitu.
Maya sudah dihubungi pagi tadi memberitahu akan kepulangannya hari ini. Faziera? Entah. Ada lah Dayyan nampak kelibat dia muncul di pejabat Alor Setar sejak-sejak kena halau keluar dari bilik hotel Dayyan hari tu.
Dia cuba juga memujuk Dayyan ajak lunch dan dinner bersama tetapi disebabkan Dayyan tengah serabut dengan masalah yang melanda, dia sekali lagi makan tengkingan Dayyan. Tak pernah-pernah manusia sebaik dan sekelakar Dayyan tengking orang. Satu pejabat terkejut!
Maunya tak kena tengking kalau tangan tu sambil bercakap asyik dok merayap ke dada ke paha Dayyan. Menyinga la dia. Bukan jenis lelaki yang suka dibelai-belai Dayyan tu. Hanya Maya sorang saja yang mampu mencairkan dia. Kalau yang datang secantik miss universe pun dia tak pandang apalah sangat si gedik Faziera tu dimatanya..
Mungkin geram ataupun malu sebab Dayyan tak layan dan marahkan dia, terus tak nampak-nampak mukanya. Rasanya dah balik KL kot. Nak buat apa lagi dia tunggu kat situ? Bukannya reti buat kerja pun. Dia gantikan tempat papanya pun sebab nak dekat dengan Dayyan. Bukan sebab kerja.
Kalau sebab kerja, dah lama dia bekerja dengan syarikat papa dia Dato' Talib tu. Tapi apa dia buat? Kerjanya cuma shopping, travel,clubbing, menghabiskan duit mak bapaknya saja. Lepas tu selalu datang tunjuk muka kat pejabat Dayyan pun sebab nak jumpa Dayyan. Sampai staff-staff pun dah naik menyampah tengok perangai dia yang mengada-ngada tu.
Sampai saja di depan pintu rumah, isterinya itu sudah sedia menunggu dengan mendukung Zahyra manakala Bik Suria pula mendukung Zahyrul. Sementara Bik Narti pula membantu Pak Mat membawa bagasi keluar dari bonet kereta.
"Sayanggg.... Sayang-sayang semua sihat? "
Tanya Dayyan. Maya bergegas mendepakan tangannya untuk memeluk suaminya itu tapi Dayyan pula buat-buat tak tahu lalu mengambil Zahyra untuk didukung. Muncung sedepa mulut Maya.
"Alala sayang papa.. Rindu laaa.. "
Pipi comel Zahyra digomol. Perasan isterinya itu sudah merajuk tapi sengaja dia mengusik.
"Kat sayang tak rindu ke? Tak rindu takpelah. Sayang naik bilik la.. "
Maya berpusing membelakangkan Dayyan. Pak Mat dan dan bibik-bibik terus memberi isyarat agar mereka ditinggalkan berdua sahaja. Pak Mat mengambil beg-beg yang dipegang Suria dan menyuruh dia mendukung Zahyra.
Maya hanya melihat mereka berlalu masuk ke dapur. Dayyan lantas menarik tangan Maya lalu tubuhnya didekatkan dengan tubuh isterinya itu. Mata mereka bertemu.
"Sayang... Mana boleh tak rindu. Rindu gila! Eh.. Sayang dah gemuk la! Ni pipi ni! Abang pun confius tu pipi ke onde-onde Bik Suria.Hehehe.."
Sengaja Dayyan mengusik. Gurau-gurau manja.

ANDA SEDANG MEMBACA
Bidadari Milik Aku!
Romance🔞⚠[Mature Content] Maya Arabella lahir dari ketulusan hati seorang Zahra Sumayyah! Dia adalah bukti dari cantiknya paras dan hati,menjadi ciptaan terindah dari baiknya Tuhan pada hambanya,waktu tak pernah mengusaikan cantik luar dan dalamannya. Di...