👑"Bidadari pemilik jiwaku"👑
"Mana bini kau ha Ayyan? Kau tak reti jaga bini ke? Apsal dah kemaruk sangat sampai kena menyundal dengan jantan lain? "
Tengking Yanna kepada Dayyan. Kuat!
"Apa kau cakap ni? Kau datang rumah aku salam pun tak bagi tiba-tiba nak tuduh isteri aku macam-macam. Kenapa? Isteri aku ada kacau kau ke? "
"Sebab dia dah kacau Heykal aku lah! Kalau bukan sebab dia takkanlah Heykal tu masuk penjara! Tak guna kau Maya! Tak guna! "
Yanna terus meluru ke arah Maya. Namun cepat dihalang oleh Dayyan .
"Kalau kau sentuh isteri aku, aku akan pastikan kau keluar dari rumah ni tanpa kaki dan tangan! Kau jangan cabar aku Yanna! Kalau kawan baik aku sendiri pun aku boleh sumbat dalam penjara apa sangatlah setakat nak potong kaki tangan kau tu bagi cacat kan? "
Wajah Yanna berubah cuak. Terus terdiam. Takut mungkin.
"Untuk pengetahuan kau Yanna, Heykal tu jahat! Perogol! Kenapa kau nak bela si perogol tu ha? Oh, aku lupa! Maklumlah dia kan skandal kau. Sumber kau untuk hidup mewah! Kalau suami kau mati,harta-harta dia semua jatuh pada anak dia Heykal tu, bukan pada kau! Sebab apa? Sebab suami kau sendiri pun dah tak percayakan perempuan jahat macam kau! "
Maya bersuara lantang. Mungkin kerana dia terlalu marah dan berdendam atas semua perbuatan jahat Yanna terhadapnya sebelum ini.
"Aku sayangkan Heykal! Aku cintakan dia! Tarik lah balik report kau tu. Kesian Heykal.. Please Maya.. "
Suara Yanna sedikit kendur. Tadi marah-marah, sekarang merayu pula.
"Aku rasa kau baliklah Yanna. Aku dan Maya takkan tarik balik report ke atas Heykal. Biarlah dia terima balasan atas semua kesalahan yang dia dah buat. Dah banyak kesengsaraan yang dia buat pada Maya. Cukup-cukuplah! Aku takkan benarkan korang sakitkan Maya aku lagi! Pergilah balik."
"Ayyan! Kau buta ke? Heykal tu kawan baik kau tahu! Sebab pompuan sundal ni kau sanggup putuskan persahabatan dengan Heykal kan? Kalau dia ni tak mula goda Heykal, tentu Heykal tak rogol dia lah! Semua punca dia ni tau! "
"Yanna! Stop it! I said stop it!"
Tempik Dayyan kepada Yanna yang sudah meluru mahu mencederakan Maya.
"Bik, ambil parang dan pisau bawa ke sini. Saya nak bik masak lauk special malam ni! Kita masak sup kaki dan tangan! "
Laung Dayyan kepada bibik yang sedang memerhati di tangga. Yanna terus memandang Dayyan. Cuak!
Bergegas dia meninggalkan rumah Dayyan setelah digertak sebegitu. Dayyan dan Maya ketawa melihat kelakuan Yanna. Bibik-bibik pun sama. Tahu pun takut. 😂
"Sayang ok? "
Dayyan meraih Maya ke pelukannya.
"Ok. Thanks abang... Kalau abang tak ada tadi tentu sayang dah kena pukul dengan dia tu. "
"La sayang.. Apa susah? Kalau abang tak ada ,sayang siap sedia je lah parang dengan pisau. Kan dia tak berani pukul sayang... Melepaslah kita sayang.. Kalau tak malam ni bolehlah kita makan sup kaki tangan orang! Hehehe.. "
"Ewwwwwuu! Tak maulah! Nak muntah tau! Tak lawak hokey! Geli, geli!!! Wekkk.. Wekk"
Maya seperti mahu muntah. Terus dia berlari ke bilik air bilik tetamu di tingkat bawah itu. Dayyan mengekori dari belakang.
"Sayang.. Sayang.. Abang melawak je lah! Takkanlah kita nak makan daging manusia kot.. Agak-agaklah sayang oii.. "
Tetapi suara Maya memuntahkan isi perutnya masih lagi kedengaran. Dayyan pula cuak kali ni. Ahh sudahhh.. Kenapa pulak ni?

ANDA SEDANG MEMBACA
Bidadari Milik Aku!
Romance🔞⚠[Mature Content] Maya Arabella lahir dari ketulusan hati seorang Zahra Sumayyah! Dia adalah bukti dari cantiknya paras dan hati,menjadi ciptaan terindah dari baiknya Tuhan pada hambanya,waktu tak pernah mengusaikan cantik luar dan dalamannya. Di...