Bab 32

13.7K 326 11
                                        


👑"Bidadari pemilik jiwaku"👑

  Dayyan yang sedang berehat di ruang tamu Duberly Bungalow yang disewa masuk mereka sebentar tadi sesekali mencuri pandang ke arah Maya yang sedang bergelak ketawa bersama bibik-bibik sambil menguruskan kedua kembar kesayangan mereka itu di ruangan tengah rumah.

  "Sayanggg.. "

  Panggil Dayyan. Maya yang sedang menyisir rambut Zahyra terus menyahut.

  "Ya abang. Sekejap. "

  Maya bangun mendapatkan suaminya di sofa ruang tamu itu.

  "Kenapa abang? Nak minum ke? Nak air apa? Sayang buatkan.. "

  Dayyan tersengih. Maya pelik. Ditanya soalan tapi dibalas dengan senyuman. Demam ke Dayyan ni?

  "Abang? Kenapa? Nak apa-apa ke? "

  Sekali lagi soalan diajukan. Kali ini barulah diberikan jawapan.

  "Abang nak sayang! "

  Dayyan berbisik-bisik di telinga Maya. Manja.

  "Abangggg... Sayang tanya elok-elok ni.."

  "Abang pun jawab elok-elok jugak kan? "

  "Ye la. Tapi jawapan abang tu yang tak elok. Sayang tanya lain abang jawab lain."

  "Betul apa abang jawab.. Ok, kalau tak betul sayang bagitahu balik apa soalan sayang tadi? "

  "Sayang tanya abang nak apa-apa tak? Jawab elok-elok. "

  "Elok la abang jawab ni.. Abang dah bagitahu pun kan apa yang abang nak.."

  "Bukan! Abang ni! Dahlah! Merajuk! "

  Maya berpeluk tubuh sambil memuncungkan mulutnya. Menyampah mahu bertekak dengan suaminya itu. Lain yang ditanya lain yang dijawab. Gatal!

  "Alolo manja abang intan payung sudu garpu pinggan mangkuk abang niii... Janganlah muka muncung-muncung masam-masam gitu tak elok tau! Nanti baby pun ikut masam je macam mommy dia macam mana? Nak ke baby masam-masam ni? Nak? "

  Pinggang Maya ditarik ke pelukan. Rambut panjang isterinya itu dibelai manja.

  "Tak nak.. "

  "Dah tak nak jangan buat muka macam tu. Senyum sikit boleh? "

  Maya mengangguk lalu segaris senyum nipis dilemparkan kepada suaminya.

  "Sayangg.. Lapar tak? Abang keluar bungkuskan makanan jap ye. Ke kita semua nak keluar sekali? "

  "Laaa... Keluar sekali lah abang..  Abang tak boleh keluar sorang-sorang nanti ada orang mengorat macam mana? No way! Sayang tak suka! You know what is pig favourite? "

  Maya menggoyangkan jari telunjuknya ke kiri dan ke kanan menandakan tidak suka. Dayyan pelik. Apa kena mengena tidak suka dengan pig pula ni? Sejak mengandung ni Maya dah berubah laku. Terlebih manja, terlebih cemburu,suka merajuk, over-protected dan banyak lagi peel pelik-pelik....

  "Apa dia? Apa kena mengena dengan pig pulak ni sayang? "

  Dayyan tergaru-garu kepalanya yang tidak gatal. Macam-macam la karenah mak buyung sorang ni.
  "Ha.. Pig atau babi tu kan favourite dia suka menyondol! Suka pulak sondol kebun orang! Habis rosak tanaman orang dibuatnya! Perempuan gatal zaman sekarang ibarat macam pig a.k.a babi tu lah! Kebun yang dia sondol tu pulak laki orang! Sebab tu lah sekarang tak boleh lepas sangat abang keluar sorang-sorang. Sebab takut kena sondol dek babi! Spesies Faziera tu la! "

Bidadari Milik Aku!Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang