Bab 21

17.3K 342 12
                                        

  👑"Bidadari pemilik jiwaku"👑

   "Abang,nak pergi office jugak ke? "

  Maya yang baru sudah solat subuh menegur Dayyan yang tergesa-gesa bangun ke bilik air.

  "Abang ada meeting pagi ni. Nanti lambat daddy bising. "

  "Tapi abang...."

  Ayat Maya terhenti. Rasa sebak mula menyerbu dada.

   "Daddy dah tak ada abanggg..."

  Suara Maya lirih. Sayu. Langkah Dayyan terhenti. Maya meletakkan telekung yang dilipatnya di birai katil. Jemari suaminya diraih. Mata Dayyan berkaca.

  Dayyan terduduk kembali di katil. Terhinggut-hinggut bahunya menahan tangis. Hati Maya turut lintuh. Tubuh Dayyan dipeluknya kemas.

  "Sayang..... Kenapa mesti secepat ni? Abang masih perlukan daddy, perlukan bonda... "

  Maya turut menangis. Dia juga merasakan apa yang suaminya rasai sekarang. Sakitnya kehilangan orang yang kita sayangi.

  "Allah lebih sayangkan daddy dan bonda abang.... "

  Maya mengusap rambut Dayyan bagaikan seorang ibu memujuk anak kecil yang sedang menangis. Walau dia turut bersedih tapi dia kena meletakkan dirinya di tempat suaminya juga. Tentunya Dayyan lebih lagi sedih,lebih merasa kehilangan kerana dia satu-satunya anak kesayangan bonda dan daddy.

  Selama lebih 30 tahun dia ditatang bagai minyak yang penuh oleh mereka. Merekalah ibu dan bapa, mereka juga temannya. Tempat dia mencurah segala rasa kasih, sedih,kecewa,gembira,tempat berkongsi suka dan duka.

  Maya yang baru menumpang kasih daddy dan bonda turut terkesan dengan pemergian mereka inikan pula anak mereka yang dibesarkan oleh tangan mereka sendiri. Kasihannya menggunung terhadap Dayyan. Tak sanggup melihat Dayyan menangis sebegitu. Pedih hatinya.

  "Abang... Kejap lagi Maya nak pergi kubur..abang nak ikut? "

  Maya cuba memujuk. Rambut Dayyan dielus lembut. Airmata Dayyan diseka dengan jarinya.

  "Abang kena pergi office. Sayang nak pergi sendiri ke?"

  Dayyan bersuara lirih. Maya mengangguk.

  "Hati-hati ye. Kalau ada apa-apa call abang. "

  Maya menggangguk. Memerhati langkah Dayyan yang semakin menghilang di sebalik dinding bilik air. Air matanya yang menitis di pipi dibiarkan. Gambar daddy dan bonda di dalam bingkai gambar berwarna perak di atas night stand diambil lalu dibawa ke dadanya.

  Rindu. Rindu pelukan hangat seorang ibu seperti bonda. Rindu saat dimanjakan oleh daddy.

  Impian bonda dan daddy untuk melihat cucu-cucu mereka membesar di depan mata mereka tidak kesampaian. Impian untuk memiliki cucu dari darah daging sendiri turut terkubur bersama jasad mereka. Maya sedih. Tak sempat dia mahu tunjukkan hasil penat lelahnya belajar kepada daddy yang bersusah payah membantunya untuk memberinya masa depan yang lebih cerah.

  Betul. Allah lebih sayangkan daddy dan bonda. Mereka orang yang baik. Tak pernah lokek membantu sesiapa sahaja yang dalam kesusahan.

 

 

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
Bidadari Milik Aku!Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang