👑 Bidadari pemilik jiwaku 👑
Selesai menunaikan solat Maghrib dan berdoa, buat pertama kalinya Maya mencium tangan Dayyan yang kini bergelar suaminya.
Dayyan mengucup dahi Maya penuh kasih. Jemari Maya dicium.
"Thanks sayang.. sebab sudi jadi isteri abang dan beri abang peluang jadi ayah kepada Zahyra dan Zahyrul... "Maya tersenyum. Kedua pipi Dayyan dipegang.
"Sama-sama abang..terima kasih jugak sebab abang dah jaga Maya dan anak-anak dengan baik. Maya bersyukur sangat dapat family yang baik macam daddy dengan bonda. Maya bertuah sangat dapat suami sebaik dan semulia malaikat macam abang.."
"Abang pun bertuah dapat sayang.."
Tubuh Maya dirangkul ke pelukannya. Kepala Maya disandarkan ke dadanya.Bonda tiba-tiba mengetuk pintu bilik.Maya mahu bangun tetapi pantas ditahan Dayyan. Jari telunjuknya diletakkan dibibir menyuruh Maya senyap.
"Ayyan, turun makan malam ye. Tolong panggil Maya sekali tau. "
"Baik bonda. Maya tengah solat kot tak pe nanti Ayyan panggilkan sekali. Thanks ye bonda."
Laung Dayyan dari dalam bilik sambil mengeyitkan mata ke arah isterinya.
"Tak baik abang ni tipu bonda!"
Maya menampar manja bahu suaminya. Lantas tubuh Maya yang masih bertelekung itu didukung Dayyan dan diletakkan di atas katil berhati-hati.
"Tipu sunat je... Yang wajib tunggu malam ni"
Telekung Maya ditanggalkan. Rambut panjang Maya yang disanggul rapi dilepaskan.
Telinga Maya ditiup lembut. Mengekek-ngekek Maya ketawa geli.
"Abang... jomlah turun. Nanti semua orang tunggu kita pulak. Maya nak jenguk anak-anak jap."
Leher Dayyan dipaut. Dayyan tersengih-sengih. Seronok dapat menyakat isterinya itu.
Selesai makan malam, daddy dan bonda mengajak mereka duduk di ruang tamu.Kata bonda ada hal yang ingin dibincangkan.
Dayyan menarik tangan Maya mengekorinya dari belakang. Romantiknya lahai si pengantin baru.
"Ayyan, Maya...kamu berdua dah rancang ke nak honeymoon kat mana?"
Soal daddy sambil tersenyum. Bonda di sisi dikerling manja.
"Ayyan nak honeymoon kat bilik jelah. Jom sayang..? "
Dayyan mengacah menarik tangan Maya bangun. Maya hanya tersenyum nipis.
"Ish! Orang tanya betul-betul dia main-main pulak!"
Bonda menjeling Dayyan geram.
"Gurau je bonda... Ikut Maya lah nak pergi mana pun Ayyan ok je. Kan sayang kan? "
Dayyan mencuit hidung Maya. Maya malu-malu.Tangan nakal Dayyan ditepis lembut.
"Maya tak kisah daddy, bonda. Maya ikut abang je. Tapi Zahyra dengan Zahyrul pulak macam mana? "
"Alah..jangan risau bab cucu-cucu bonda tu. Daddy dengan bonda kan ada.. Bibik pun ada boleh tolong jagakan... "
"Tapi tak menyusahkan daddy dengan bonda ke?"
Maya merasa serba salah. Tidak pernah terlintas dihatinya untuk membebankan keluarga suaminya itu dengan semua masalah dan tanggungjawabnya.
"Maya... Itu cucu kami jugak. Tak ada masalah nak jaga cucu-cucu kami yang comel tu! Merasa jugak kami main dengan cucu-cucu macam orang lain..pergi je lah honeymoon tu.. Bagi kami cucu lagi banyak-banyak.. "

ANDA SEDANG MEMBACA
Bidadari Milik Aku!
Romansa🔞⚠[Mature Content] Maya Arabella lahir dari ketulusan hati seorang Zahra Sumayyah! Dia adalah bukti dari cantiknya paras dan hati,menjadi ciptaan terindah dari baiknya Tuhan pada hambanya,waktu tak pernah mengusaikan cantik luar dan dalamannya. Di...