👑"Bidadari pemilik jiwaku"👑
4 Bulan kemudian
"Sayang nak pergi office lagi ke? Kalau tak larat tak payahla... Kesian dah abang tengok sayang ni... Ni bukan macam mak pingu dah, macam mak beruang dah abang tengok! "
Kata Dayyan kepada Maya. Dayyan membantu menarik kerusi di meja makan untuk isterinya itu duduk. Bik Narti yang sedang menyenduk nasi goreng ke pinggan mereka tersenyum memandang majikannya yang sentiasa romantis itu.
"Amboiii.. Mak beruang ye. Takpe nanti lepas bersalin sayang selim melim balik macam kerengga baru orang tu meleleh air liur tengok...Ala abang ni, Sayang okay la.Nak dekat-dekat ni kekadang sakit tu sikit-sikit normal lah tu. Kalau sayang sakit sangat nanti sayang bagitahu. Lagipun hari ni kan kita ada meeting penting. Inshaallah tak de apa-apa. Janganlah risau sangat... "
Beritahu Maya sambil menyambut huluran pinggan yang disuakan bibik kepadanya.
"Mana abang tak risau, sayang tu cukup bulan dah pun. Tapi masih lagi aktif ke sana sini. Abang yang tengok ni pun rasa mengah tau! Maunya terberanak masa meeting tu tak pasal-pasal anak kita nama Ahmad Mesyuarat takpun Nur Meeting, nak ke? "
Maya dan bibik seraya ketawa. Merepek jelah suaminya ni. Ada ke anak nak letak nama mesyuarat dengan meeting! Tak sedap tau! Nonsense.
"Abang ni lah... Agak-agak lah nak beranak dalam bilik meeting tu. Sempat je kalau nak ke hospital pun. Prince Court tu dekat je. Merangkak pun boleh sampai. "
"Amboiii.. Merangkak.. Ok, nanti abang nak tengok sayang boleh merangkak tak ke sana. Pandai eh menjawab... "
"Betul apa sayang cakap.. Abang tu je yang risau lebih. Padahal baby ni ok je lagi kat dalam ni ha. Siap boleh main bowling, sepaktakraw, semua ada ni. Daddy tu je yang sebenarnya tak sabar-sabar nak jumpa baby kan?"
Soal Maya lagi sambil mengusap perutnya. Sengaja dia menghadiahkan jelingan manja kepada suaminya yang tampan dalam persalinan kemeja putih dengan kot berwarna royal blue itu.
"Memang pun! Kalau boleh abang nak goncang-goncang perut sayang tu bagi baby keluar sekarang jugak tau! Mesti comel, mesti hensem macam daddy dia jugak nanti.. Heheh"
Pipi Maya dicuit. Sengaja mengusik isterinya itu.
"Dahlah.. Makan cepat abang. Nanti kita lambat sampai office. Macam-macam lah abang ni tau!Macam hensem macam comel cia cia cia la sangat abang ye... "
Perli Maya sambil menampar lengan suaminya itu menyuruhnya cepat-cepat bersarapan kerana mereka perlu cepat sampai ke pejabat client mereka di Ampang. Mereka perlu menghadiri satu mesyuarat penting hari ini berkaitan tender baru yang akan mereka sertai di sebuah syarikat besar di Asia yang berpusat di Indonesia.
Selesai sarapan, Maya dan Dayyan bergegas ke pejabat Global Worldwide dengan dihantar oleh Pak Mat. Meredah kesesakan lalu lintas di bandaraya besar ini memang menggugat kesabaran. Meeting yang cuma berbaki 15 minit akan bermula itu membuatkan Dayyan tak senang duduk.
Maya pula sudah mula merasa sedikit sengal di ari-arinya. Tak tahu kenapa. Mungkin petanda awal kelahiran bayinya sudah semakin mendekat.
Bibir mungil yang hanya dikenakan secalit lipstik berwarna pink lembut itu dibasahkan dengan zikir yang tidak henti kepada Maha Esa. Sesekali dia memegang perutnya yang agak terasa nyeri itu. Bayi yang aktif di dalam perutnya juga sudah semakin membuatnya berasa tidak selesa.
"Sayang... Kenapa ni? Sakit ke? "
Soal Dayyan yang mulai perasan wajah isterinya itu berkerut menahan sakit. Maya cuma menggeleng.
YOU ARE READING
Bidadari Milik Aku!
Romance🔞⚠[Mature Content] Maya Arabella lahir dari ketulusan hati seorang Zahra Sumayyah! Dia adalah bukti dari cantiknya paras dan hati,menjadi ciptaan terindah dari baiknya Tuhan pada hambanya,waktu tak pernah mengusaikan cantik luar dan dalamannya. Di...