👑"Bidadari pemilik jiwaku "👑
"Nak report polis? Nak cakap apa? Sayang kena rogol? Sayang nak malukan abang? Sayang lupa ke siapa kita? Sayang ingat bila sayang buat report polis,pihak media takkan hidu pasal ni? "
"Abang.... Habis macam mana lagi sayang nak buktikan yang sayang tak salah? Abang langsung tak nak dengar penjelasan sayang. Habis, cara apa lagi yang sayang ada? "
Maya mempertahankan dirinya. Dayyan terdiam.
"Abang lebih percayakan gambar-gambar tu dari isteri abang sendiri! Abang lupa ke apa Heykal dah buat pada sayang? Takkan sebodoh tu sayang nak kembali pada dia? Fikirlah abang, fikir!"
"Baik! Kalau betul sayang kata sayang tak salah,jelaskan pada abang macam mana semua ni boleh jadi. Kalau betul semua ni rancangan Heykal, abang nak sayang ikut abang bersemuka dengan dia!"
Maya mengangguk. Dia melabuhkan punggungnya di sebelah Dayyan.
"Petang kelmarin masa sayang nak balik, dia ikut sayang sampai kereta dekat parking kolej. Sayang tak ingat apa jadi lepas tu, cuma sayang ingat dia ada tekup mulut sayang dengan sapu tangan. Lepas tu sayang sedar-sedar je sayang dah ada kat bilik hotel. "
"Bilik hotel? Sayang dah.... dengan dia ke? "
Maya mengangguk lemah. Dayyan meraup wajahnya kesal. Penumbuknya digenggamnya kemas.
"Arrrrrggghhhhh! Kenapa sayang, kenapa!!! Kenapa buat abang macam ni sayanggggg?"
Heykal menumbuk tilam katil. Geram.
Maya mengetap bibir. Air mata turut membasahi pipinya. Tubuh suaminya mahu dipeluk tetapi Dayyan menolak tangannya ke tepi.
Maya sedih. Wajah Dayyan dipandang memohon simpati.
"Sayang tak salah abang... Dia rogol sayang.... Sayang tak salah.. "
Lirih suara Maya kedengaran. Dayyan bingkas bangun lalu dia bergerak ke pintu.
"Jom ikut abang! Abang nak bunuh setan tu! Celaka punya Heykal!!!"
"Abanggg.... Kita report polis je. Kalau abang bunuh dia nanti abang yang kena penjara, abang tak sayangkan sayang dengan anak-anak dah ke? "
"Berapa kali abang nak kena cakap? Sayang nak malukan diri sayang kat satu dunia? Nak malukan abang? Sedangkan orang biasa pun terpampang merata dada akhbar kalau media dapat tahu kes macam ni, apalagi orang VVIP macam kita! Sayang nak orang canang maruah sayang, tubuh badan sayang bagi 1 dunia tengok? Sayang tak fikir ke maruah abang ni macam mana?"
"Kedudukan abang lebih berharga dari maruah diri sayang ke abang? Harta dan kedudukan abang tu lebih bermakna dan lebih tinggi nilainya dari harga diri isteri abang sendiri? Memang orang kaya macam abang ni lebih pentingkan kedudukan berbanding maruah isteri sendiri ke? "
Maya bersuara lantang. Soalan demi soalan mula dilontarkan dari lubuk hatinya yang terlalu sakit.
Dayyan tersentak! Tak pernah isterinya itu meninggi suara sebelum ini.
Maya terus keluar ke bilik sebelah sambil menangis. Terasa maruahnya seakan dipijak-pijak kini. Mula-mula dengan Heykal, sekarang Dayyan,suaminya sendiri.
Tersandar Dayyan di dinding pintu. Adakah dia sekejam itu? Sanggup membiarkan harga diri isterinya sendiri diinjak demi kedudukan,pangkat dan harta?
"Ya Allah... Apa aku buat ni? Kesian isteri aku. Dahlah dia dianiaya macam tu, patutnya aku ni sebagai suami jadi pelindung dia bukan penghukum! Maafkan abang sayang.... Abang dah salah menilai sayang... "

ANDA SEDANG MEMBACA
Bidadari Milik Aku!
Romance🔞⚠[Mature Content] Maya Arabella lahir dari ketulusan hati seorang Zahra Sumayyah! Dia adalah bukti dari cantiknya paras dan hati,menjadi ciptaan terindah dari baiknya Tuhan pada hambanya,waktu tak pernah mengusaikan cantik luar dan dalamannya. Di...