👑"Bidadari pemilik jiwaku"👑
Maya ditemani Dayyan semasa proses mengambil dan merakam keterangan dilakukan di bilik bacaan di rumah mereka. Maya tenang memberikan kerjasama pada Inspektor Hakimy yang datang bersama Koperal Azlan dan Koperal Seeran.
Selepas hampir 2 jam, proses tersebut selesai dan pihak polis juga telah berpuas hati dengan semua kenyataan yang diberikan oleh Maya.
"Terima kasih Puan Maya dan Encik Dayyan kerana telah membantu pihak polis dalam kes ni. Tindakan kami seterusnya adalah mendapatkan semula rakaman cctv di kawasan parkir pejabat Encik Dayyan. Dari situ kami mungkin akan jumpa jalan penyelesaiannya. Kami minta diri dulu. Jika ada maklumat terbaru berkaitan kes ini, pihak kami akan maklumkan semula pada Encik Dayyan."
⭐⭐⭐⭐
Tak sampai setengah jam selepas pihak polis meninggalkan rumah Dayyan, Deeja pula sampai. Kononnya mahu melawat Dayyan katanya.
"Deeja.. Masuklah. Ada apa datang ni? "
Maya menyambut kedatangan Deeja. Muka Deeja terus berubah masam tatkala melihat Maya yang membukakan pintu buatnya.
"Kenapa I tak boleh datang nak melawat kawan baik I ke? I ni tetamu.. So, you kena layan I baik-baik. Tetamu kan bawa rezeki..."
Tanpa dipelawa duduk, Deeja terus melabuhkan punggungnya di sofa sebelah Dayyan. Dia tersengih-sengih ke arah Dayyan.
"Hurm.. Deeja.. Nak apa?"
Soal Dayyan selamba sambil matanya ralit bertumpu di skrin televisyen. Maya terus duduk, mengambil tempat di sofa sebelah mereka. Meluat dia melihat Deeja yang tergedik-gedik meraih perhatian Dayyan.
"Eh you ni tak reti nak buat air ke?Buat apa jadi isteri tapi tak tahu nak buat kerja dalam rumah ni!"
Maya mahu menjawab tapi Dayyan terlebih dahulu berbahasa.
"Dalam rumah ni ada bibik. Permaisuri dalam rumah ni tak perlu buat kerja pun. Hanya duduk layan suami sahaja, Cik Deeja. Kalau nak minum atau nak makan apa-apa petik jari je semua bibik yang buatkan. Kalau saya sebagai suami pun tak pernah arahkan isteri saya untuk menjadi orang gaji dalam rumah ni, apa hak awak nak suruh isteri saya buat semua tu?"
Deeja terus terdiam. Merah padam mukanya menahan marah.
"Takpelah abang, sekejap sayang panggil bibik. "
Maya bangun mahu melangkah ke dapur. Namun sekali lagi dihalang Dayyan.
"Tak payah! Tempat isteri di sisi suami! Biar abang je panggilkan bibik. Bibik! Bibik!"
Laung Dayyan kuat. Tangan Maya ditarik duduk disebelahnya. Dayyan berada di tengah-tengah antara Maya dan Deeja.
"I datang sini bukan nak minum sangat pun! Kalau I nak minum, baik I pergi kat cafe je, lagi class. I cuma nak uji macam mana cara isteri kesayangan you ni layan tetamu kehormat macam I. Tapi ternyata la yang dia ni sememangnya kampung girl yang tak pandai jaga hati orang! Macam mana lah you boleh terpikat dengan perempuan macam dia ni? Patutlah Heykal pun tinggalkan dia! Dasar pisau cukur je ni! "
Berdesing telinga Maya mendengar hinaan yang terbit dari mulut Deeja. Dayyan masih tenang disitu.
"Deeja, what's your problem? Ini rumah I tau! Bukan hotel 5 star! Kalau you nak complain soal layanan I rasa you patut keluar dari sini. Jangan ingat you dah jaga I dekat hospital hari tu, you berhak buat apa sahaja dan kata macam-macam dekat my wife. Sekali lagi I tegaskan you tak ada hak untuk nilai my wife! Bibik! Tolong cedokkan air longkang bawa ke sini! Orang tak ada standart macam ni tak layak minum air bagus-bagus. Hanya layak minum air longkang je. Sesuai dengan mulut dia yang longkang tu! "

ANDA SEDANG MEMBACA
Bidadari Milik Aku!
Roman d'amour🔞⚠[Mature Content] Maya Arabella lahir dari ketulusan hati seorang Zahra Sumayyah! Dia adalah bukti dari cantiknya paras dan hati,menjadi ciptaan terindah dari baiknya Tuhan pada hambanya,waktu tak pernah mengusaikan cantik luar dan dalamannya. Di...