👑 "Bidadari pemilik jiwaku"👑
"Abang! Abang! "
Maya memanggil Dayyan yang sedang bersusah payah mendaki anak tangga naik ke biliknya.
Dengan tongkat yang dikepit di celah ketiak, terkial-kial Dayyan cuba melangkah satu persatu anak tangga di hadapannya.
Maya cuba membantu namun ditepisnya kasar. Mungkin hatinya masih marah dengan apa yang dilihatnya sebentar tadi.
"Pergilah layan dia tu! Aku tahu lah aku dah tak sempurna macam dulu! Aku sakit! Tapi tak payahlah tambah lagi sakit hati aku tengok semua drama kau dengan dia depan mata aku! Kenapalah aku tak mati je dalam kemalangan tu? Biar aku ikut sekali daddy dengan bonda! Tak payahlah kau nak susah payah jaga aku macam ni! Aku ni menyusahkan kau je kan?"
Dayyan menghempaskan tongkatnya ke lantai tangga. Dia terduduk di tangga. Terhinggut-hinggut menahan tangis. Kecewa.
Maya turut menangis. Dia tak tahu langsung apakah salahnya sampai Dayyan langsung tidak mempedulikannya. Sejak keluar dari hospital, dia menjadi dingin dengan isterinya itu. Anak-anak pun sudah tidak dihiraukan. Bukan setakat jenguk, bertanya pun tidak.
"Abanggg... Apa salah Maya? Apa yang Maya dah buat sampai abang benci sangat pada Maya?"
"Apa salah kau? Kau sebagai isteri patutnya ada dekat sisi aku masa aku sakit, masa aku susah! Bukan biar orang lain jaga aku! Sedangkan kau pergi enjoy dengan jantan lain! "
Terpana Maya mendengar kata-kata yang terluncur keluar dari mulut Dayyan. Bagaikan halilintar menyambar bumi. Tersentap tangkai hatinya.
"Allahuakbar Tuan... Kenapa ni? Puan? "
Pak Mat tergesa-gesa naik membantu Dayyan yang terjelepok di tangga.
"Tak payah tolong saya lah Pak Mat! Biar saya mati lagi bagus! Hidup pun susahkan orang je, buat apa? "
Maya terus menangis. Sedih, terkilan dan betul-betul terasa hati dengan semua kata-kata Dayyan! Pak Mat hanya memerhati kedua suami isteri itu yang sedang basah dengan air mata.
"Pak Mat... Tolong bagitahu abang apa yang dah jadi pada Maya sampai Pak Mat kena ganti jaga dia dekat hospital tu! Sampai hati abang tuduh Maya macam tu! Dari abang tuduh-tuduh Maya benda yang Maya tak buat, lebih baik abang bunuh je Maya! "
Maya bingkas bangun masuk ke biliknya. Dia tersandar di pintu bilik sambil menangis teresak-esak . Kecewa teramat. Sanggup Dayyan menuduhnya sebegitu . Mudahnya terpedaya dengan cakap Deeja yang busuk hati tu .
"Tuan... Bukan salah Puan. Puan tu memang baik orangnya. Masa tuan sakit dia lah yang bertungkus-lumus siang malam berjaga,tergesa-gesa sana sini mana nak urus tuan, mana nak urus anak-anak dia lagi. Kesian dia Tuan... Sampai dia demam-demam la. Sebab tu lah Puan mintak tolong Pak Mat gantikan dia dekat hospital jaga Tuan tapi bila Pak Mat sampai tak sangka pulak Cik Deeja yang ada kat sana. Dia kata dia nak jaga Tuan, tak bagi Pak Mat tunggu. Percayalah Tuan.... Puan tu baik orangnya. Pak Mat percaya Tuan lebih kenal Puan dan kawan baik Tuan tu perangai macam mana. Bukan niat Pak Mat nak masuk campur urusan Tuan, Pak Mat sedar siapa Pak Mat. Nak nasihat Tuan pun pak Mat tak layak tapi sebagai saksi dan orang berada di dalam rumah ni Pak Mat rasa tak adil Tuan nak hukum Puan tanpa usul periksa... Jomlah Tuan, Pak Mat tolong Tuan masuk bilik.. "
Pak Mat memapah Dayyan ke biliknya. Pintu bilik ditolak perlahan. Maya tiada. Mungkin berada di biliknya dengan Zahyra dan Zahyrul.
"Terima kasih Pak Mat. "

ANDA SEDANG MEMBACA
Bidadari Milik Aku!
Romance🔞⚠[Mature Content] Maya Arabella lahir dari ketulusan hati seorang Zahra Sumayyah! Dia adalah bukti dari cantiknya paras dan hati,menjadi ciptaan terindah dari baiknya Tuhan pada hambanya,waktu tak pernah mengusaikan cantik luar dan dalamannya. Di...