👑"Bidadari pemilik jiwaku"👑
Setelah dirawat oleh doktor, Pak Mat dan Faziera membawa Dayyan keluar dari klinik dan mereka menginap di hotel berdekatan dengan kawasan tapak pembinaan milik Dayyan.
Faziera yang menaiki keretanya sendiri mengikuti belakang kereta Vellfire Dayyan yang dipandu Pak Mat membelok masuk ke kawasan parkir hotel bertingkat disitu bagi mengelakkan kehadiran mereka dihidu pihak media dan waris mangsa untuk mengelakkan lagi sebarang kekecohan berlaku.
Faziera menginap di bilik bersebelahan bilik Dayyan dan Pak Mat. Pada mulanya dia tidak mahu untuk menginap bersendirian kerana katanya mahu menjaga Dayyan tetapi apabila Dayyan sendiri bertegas supaya mereka tidur berasingan untuk mengelakkan sebarang fitnah berikutan bimbang jika terserempak dengan mana-mana pihak media nanti akan timbul spekulasi baru yang mungkin akan memburukkan lagi keadaan yang sedia kusut dia terpaksa juga akur.
Dayyan faham benar dengan perangai menggeletis Faziera yang satu itu oleh sebab itulah dia berkeras mahukan Pak Mat yang menjaganya bukan Faziera. Lagipula setelah Pak Mat memberitahu yang Maya terasa hati apabila panggilannya dijawab oleh Faziera sebentar tadi menambahkan rasa menyampahnya melihat kelakuan Faziera.
Tidak sangka pula Faziera mengambil telefon bimbitnya secara curi-curi di atas meja doktor semasa Dayyan sedang dirawat tadi. Kasihan Maya. Entah apalah yang telah dikatakannya kepada Maya.
Bukan Dayyan tidak tahu Maya cemburu dan tidak suka dengan perangai Faziera yang gedik tidak kira tempat itu. Faziera pun sengaja menambahkan lagi masalah di saat-saat genting seperti ini.
"Kalau dia tak datang pun takpe kan Pak Mat? Bukan ada function apa pun dia kat sini! Asyik nak berkepit dengan saya je, rimaslah! Dahlah dengan gedik dia nanti tak pasal-pasal wartawan buat cerita yang saya ada skandal dengan dia pulak! Ish, mintak simpanglah.. "
Ujar Dayyan kepada Pak Mat setelah mereka selesai menunaikan solat zohor sebentar tadi.
"Tuan tak call Puan lagi ke? Pujuk lah dia Tuan. Kesian dia. Orang mengandung ni imaginasi dia tinggi Tuan! Apa yang kita tak fikir akan jadi dia pulak akan tolong fikirkan. Kadang-kadang benda kecil pun dia nampak besar, sebab emosi orang mengandung ni tak stabil. Nanti tak pasal-pasal Tuan kena tidur luar lepas ni! Hehehe.. "
Gurau Pak Mat pula. Betul jugak kata Pak Mat. Rajuk orang perempuan ni tak boleh dibiarkan lama-lama. Bahaya!😅
Lantas telefon bimbit yang berada di atas katil dicapai lalu nombor isteri kesayangannya itu didail pantas.
"Assalamualaikum sayang... Sayang ok? "
Sangkanya Maya mungkin akan merajuk atau tidak mahu bercakap dengannya. Tetapi mood isterinya itu kedengaran sangat baik malah macam kebiasaannya sentiasa prihatin terhadap suaminya itu.
"Abang! Waalaikummussalam.. Abang ok ke? Sakit lagi ke? Sakit kat mana? Dah makan ubat ke? Abang dah makan? Makan apa? "
Tuuudia! Macam machine gun dia punya soalan takdak non stop punya! 😂
"Amboii sayang.. Banyaknya soalan.. Nanti bagi abang jawab satu-satu dulu.. Ok, first! Abang ok. Jangan risau tau! Pak Mat ada ni boleh jaga abang... Jawapan untuk soalan kedua tu, abang sakit kat kepala, kat muka tapi paling sakit kat hatilah! Nak tau kenapa? "
Kini giliran Dayyan pula menyoal balas isterinya. Kat kepala tu memang betul sebab tu kepala dia berbalut,luka!
Dekat muka pun iya sebab kena tumbuk padu-padu punya.. Tapi kat hati tu yang kurang faham sikit. Agak-agak kenapa ye?
"Kenapa abang? Ada sesiapa sakitkan hati abang ke? "
Tanya Maya kembali. Risau betul dia dengan suaminya ini. Harap-harap lah tak ada apa-apa yang serius berlaku.

ANDA SEDANG MEMBACA
Bidadari Milik Aku!
Lãng mạn🔞⚠[Mature Content] Maya Arabella lahir dari ketulusan hati seorang Zahra Sumayyah! Dia adalah bukti dari cantiknya paras dan hati,menjadi ciptaan terindah dari baiknya Tuhan pada hambanya,waktu tak pernah mengusaikan cantik luar dan dalamannya. Di...