Bab 16

23.2K 438 10
                                        

    👑"Bidadari Pemilik jiwaku "👑

    Pagi itu Maya berhias ringkas mahu mengikut Dayyan ke pejabat

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.

    Pagi itu Maya berhias ringkas mahu mengikut Dayyan ke pejabat. Nampak klasik dengan busana kebaya cotton pendek bercorak bunga-bunga kecil.

  "Sayang.... tak jadilah nak masuk ofis ari ni.. "

  Dayyan memegang pinggang Maya. Jemarinya mula bermain-main di pipi Maya.

  "Lah... Kenapa pulak?  Tadi beriya sangat suruh sayang siap kan? "

  Maya mula memuncungkan mulutnya. Dayyan tersenyum sungging.

  "Sayang cantik la hari ini... awakkkk... Saia tak kuadddd.... Godaanmu terlalu hebat la sayang... "

  Dayyan mula bereaksi nakal. Mengada! Maya menampar manja pipi suaminya itu.

  "Dah dah! Jom turun bawah. Nanti tak sempat pulak nak breakfast... "

  Maya terus menarik tangan Dayyan keluar dari bilik. Lagi dilayan lagi merenyam jadinya si baby tua ni.. 😂

  "Assalamualaikum daddy, bonda..."

  Maya menyapa mesra kedua ibu bapanya kesayangannya itu sambil memeluk bahu bonda yang tengah menyuap roti bakar ke mulut daddy.

  "Morning daddy, bonda.. Amboiii.. Mesra aihhh... Macam pengantin baru walaupun dah expired!"

  "Waalaikummussalam.. morning..."

  Tan Sri Muhammad dan Puan Sri Aisyah menjawab serentak.

" Eh biarlah.. Jeles ekkk... "

  Balas bonda kembali. Dayyan dan Maya menarik kerusi masing-masing lalu duduk berhadapan bonda.

  "Maya tak ada class kan hari ni?"

  Soal daddy.

  "Tak. Tu yang Maya nak ikut abang pergi ofis ni. Bonda,kalau Zahyra dengan Zahyrul buat perangai cepat-cepat call Maya tau. Nanti Maya balik naik grab ke teksi ke.."

  "Ha... Pandai-pandai kan?  Kenapa? Abang ni kerja dekat Italy ke sampai wife sendiri nak balik pun dah tak boleh hantarkan? "

  Perli Dayyan sekilas. Maya mula tersengih-sengih. Bonda dan daddy mengangkat kening lalu turut tersengih sama.

  "Bukan apa... Sayang tak nak susahkan abang.. Manalah tahu abang sibuk ke apa dekat ofis nanti... So, sayang tak naklah kacau.."

  Maya memperbetulkan ayatnya. Dayyan menyuap roti bakar ke mulutnya selamba. Wajah Maya disebelah di pandang.

  "Sebab tu lah abang kata ambil lesen nanti abang belikan kereta. Senang nak gerak sana sini. Bukan macam bonda tu. Ada lesen tapi tak berani bawak kereta. Nanti kita rebus lesen tu bagi bonda minum air dia, baru berani bawak kot... "

Bidadari Milik Aku!Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang