Bab 9

31.6K 513 8
                                        

👑"Bidadari pemilik jiwaku"👑

Sudah 6 hari Maya tidak bertegur sapa dengannya. Sampaikan setiap kali Dayyan menawarkan diri untuk menghantar dan menjemput Maya ke kolej, cepat-cepat Maya menolak. Dia meminta Pak Mat pula yang menghantar dan menjemputnya pulang.

Kedingingan antara mereka sudah dapat dihidu oleh bonda dan daddy. Maya juga sudah tidak seceria selalu. Balik sahaja dari kolej dia akan terperap di dalam bilik bersama Zahyra dan Zahyrul.

Dayyan juga begitu. Walaupun duduk semeja sewaktu makan malam, tiada lagi gurauan yang keluar dari mulutnya. Masing-masing mendera perasaan kerana ego.

💔💔💔

Maya membantu bondanya menyiapkan hidangan untuk tetamu istimewa mereka hari ini. Keluarga bakal tunang Dayyan akan datang tengah hari nanti.

Sewaktu bertembung dengan Dayyan di dapur, Maya melarikan diri dengan bergegas naik ke biliknya. Dayyan pula langsung tidak mahu bertegur sapa dengan Maya. Daddy memandang penuh hairan. Daddy sempat menangkap riak kecewa antara keduanya.

"Dayyan..kalau tak boleh teruskan semua ni, pergilah bagitahu bonda. Pergi pujuk Maya tu. Janganlah ego sangat. Jangan jadi manusia hipokrit!"ucap daddy seraya menepuk bahu Dayyan lembut. Tersentak Dayyan.

"Aishah...tolonglah pandang dengan mata hati awak! Jangan seksa keduanya supaya nanti awak tak akan hilang salah satunya!"tegur daddy tegas. Bonda memandang daddy seakan tak mengerti apa yang daddy maksudkan.

Dayyan kembali memanjat anak tangga. Pintu bilik Maya diketuk.

Maya muncul di muka pintu dengan mata yang sembap. Merah matanya.

"Jom ikut abang!"tangan Maya ditarik kasar.

Maya yang terpinga-pinga terpaksa melangkah. Bonda dan daddy memandang aksi mereka dari dapur. Bonda yang ingin melangkah ke arah mereka ditahan daddy.

Kunci kereta Porsche Dayyan diambil kasar dari atas meja. Tangan Maya ditarik membuntutinya. Tubuh Maya ditolak masuk ke dalam kereta.

Pintu kereta dihempas kuat. Maya tersentak melihat Dayyan yang tiba-tiba naik angin.

"Apa abang buat ni? Dah buang tebiat ke apa?"bentak Maya geram.

"Maya tanya abang? Abang ke Maya yang buang tebiat?"matanya dicerlung ke arah Maya.

"Apa abang cakap ni? Maya tak fahamlah!"suara Maya sudah naik satu oktaf. Geram.

"Kenapa Maya jauhkan diri dari abang? Kenapa kena lari dari abang? Kenapa tak nak cakap dengan abang? Abang salah apa dengan Maya?"tengking Dayyan tiba-tiba.

Keretanya dibelok ke bahu jalan dan berhenti secara mengejut. Kepala Maya terhantuk sedikit ke cermin tingkap.

"Aduhhh!"Maya menggosok kepalanya perlahan. Sakit.

"Maya marah abang sebab Ezlynda ke?"Dayyan menarik tubuh Maya menghadapnya. Suaranya sudah tidak setegang tadi.

Mata Maya sudah berkaca-kaca. Perlahan-lahan dia mengangguk.

"Maya sayangkan abang kan? Maya cintakan abang kan?"suara Dayyan seakan mendesak.

Maya tunduk. Tidak berani bertentang mata lagi dengan Dayyan.
Dia kehilangan kata-kata. Air matanya perlahan-perlahan menitis di pipi.

"Maya...sayang...."tangan Maya diraih. Maya masih diam.

"Maya tahu kan yang abang sayang Maya? Abang cintakan Maya! Abang sayangkan Zahyrul dan Zahyra! Kenapa Maya buat abang macam ni?"air mata Dayyan bergenang.

Bidadari Milik Aku!Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang