👑"Bidadari pemilik jiwaku "👑
Pak Mat menghantar Dayyan dan Maya bertolak keluar dari rumah mereka ke KLIA.
Penerbangan mereka ke Australia dijangka akan berlepas pada pukul 10.30 pagi. Maya teruja mahu menaiki pesawat buat pertama kali di dalam hidupnya.
Dayyan memegang erat tangan Maya sewaktu pesawat berlepas keluar dari Lapangan Terbang KLIA.Maya memejam matanya takut kerana berasa seperti melambung-melambung semasa pesawat masuk ke dalam awan.
Penerbangan terus tanpa henti yang memakan masa selama 8 jam 15minit itu berjalan lancar tanpa ada sebarang masalah.
Maya dan Dayyan sempat juga membeli baby rompers limited edition dari pihak MAS berserta sebuah replika kapal terbang jenis Boeing 777 dan bear dalam persalinan pilot yang dijual di atas pesawat oleh pramugari dan pramugara yang bertugas.
Mereka tiba di Sydney pada pukul 8.30 malam waktu Sydney. Suhu di sana memang agak sejuk iaitu lebih kurang 21° Celsius pada waktu malamnya.
Mereka mendaftar masuk ke Hotel Silkari Suites di Chatswoods. Maya terpegun sebaik melangkah masuk ke dalam hotel mewah itu. Nampak sangat ekslusif dengan hiasan dalamannya yang sangat elegant.
Dayyan membawa Maya melihat keadaan bilik yang sangat selesa dengan semua kemudahan yang serba lengkap dan canggih bagaikan berada
di dalam rumah sendiri."Sayang.... Jom mandi sama-sama... Lepas mandi kita keluar cari makanan ye. Kiss abang sikit sayang... "
Maya ditarik ke dalam pelukannya. Pinggang Maya dipegang. Satu ciuman didaratkan di pipi gebu Maira.
"Sejuk... Kena mandi jugak ke abang? Kalau tak nak mandi boleh tak? "
Maya merengek manja. Kepalanya disandarkan di dada bidang Dayyan. Maya mengeratkan rangkulannya di leher Dayyan.
"Tak boleh! Ee.. Bucuk!"
"Sejuk la abang... Takut nak mandi.. "
"Heater kan ada sayang.. Jom.. Abang mandikan. "
YOU ARE READING
Bidadari Milik Aku!
Romansa🔞⚠[Mature Content] Maya Arabella lahir dari ketulusan hati seorang Zahra Sumayyah! Dia adalah bukti dari cantiknya paras dan hati,menjadi ciptaan terindah dari baiknya Tuhan pada hambanya,waktu tak pernah mengusaikan cantik luar dan dalamannya. Di...