"Asyraf!!!gerak Syiqah bangun cepat!!"
"Okeyy mama"
Aku masih lena dibuai mimpi.
"Sayang bangun Sayang.."aku menepis nepis apabila ada tangan yang mengacau telingaku.
"Hoii budak bangunlah!!!"terus dia menggoncang tubuhku kuat.Terbuntang biji mataku sebab terlalu terkejut..Apatah lagi bila jarak wajahnya dan wajahku hanya seinci dapat aku rasa hembus panas nafasnya.
"Haa retii pon bangun.Dah pergi mandi"aku menolak kuat tubuhnya agar menjauhi aku.aku terus duduk di atas katil sambil memasamkan muka dan bibirku juihkan.
"Abang ni tak sweet langsunglah!"terus aku silangkan kedua dua tanganku ke dada.
"Ape?tak sweet?kau nak aku jadi sweet?" Aku masih memasamkan muka.
Dia terus mendekatiku sambil merangkak memanjat katil aku pula makin ke belakang dan terus ke belakang.Dia tersenyum sinis.
"Jangan menyesal okey?"soalnyaa...
Aku mengangguk kemudian menggeleng ehh aku pening lah!asyik angguk geleng..ingat lagu ke..
"Ab--abang da--dah dah la--tu"dia makin mendekatkan dirinya dan aku makin ke belakang..dan...
Buk!
Dia ketawa terbahak bahak sambil memegang perutnya.Aku menggosok punggungku..adoi sakitnyaa...
"Aduh!"terus aku menjeling tajam sampai hati dia kenakan aku..mak oii sakit tau tak?
"Haa gelak lagi gelaklah!"ujarku dia yang terhenti gelak sebentar terus kembali menyambung gelaknya..
Tak guna toii !aku suruh gelak.Dia gelak sungguh.! Ini sungguh tak adil.
Dah laa tadi gerak aku macam aku ni mayat mau luruh jantungku aku kalau macamni lepastu dia buat pulak macamtu..adoiiyai!nasib kaulah Syiqah dapat abang merangkap tunang otak tak center macamni..
"Muka kau lawaklah HAHAHAHA..ni kalau rakam mesti HAHAAHHA..maaf maaf a--aku tak HAHAHAHA tahan nak gelak HAHAHAHA"mukaku lagi cemberut.
Pantas aku bangun dan menolaknya keluar belum sempat keluar dia terus berlari keluar pintu.haa baguslah takpayah tolak tolak lagii..
"Syiqah busuk!!eiyyy!!mama Syiqah kan tak mandi lagii!!!!"ujarnya sambil menjelirkan lidah.
Aku tampar dahi ..adoii mamat nii tak habis habis lagi rupanya.
"Ya Allah apa kecoh kecoh nii"soal mama yang sudah berdiri di sebelah Asyraf.
"Takde pape laa mama..okeylah Syiqah nak mandi..bye nanti Syiqah turun.."
"Haa yelahh..cepat sikit"aku mengangguk sempat aku jeling Asyraf disebelah.Dia hanya tersengih.
Selesai bersiap aku membetulkan tudung..dan menggalas beg turun ke bawah.Aku sampai di meja makan dan mengambil tempat disebelah Asyraf.Aku jeling ke arahnya.Asyraf hanya tersenyum .
"Amboi kamu Asyraf senyum sampai ke telinga.syukurlah kamu bahagia Kami tumpang gembira dengan kamu"ujar papa yang sedari tadi memerhati Asyraf.Asyraf hanya tersengih.
Selesai makan dia mendekatiku.
"Jom ..aku hantar kau sekolah"
"Tak..pa--"
"Pergi jelah Syiqah papa izinkan"ujar papa.
Aku toleh ke arah Asyraf yang sedang menjungkitkan kening sambil memandangku.Aku memandang ke atas.
"Yelah yelah..jom"aku menarik tangannya keluar pintu rumah.
Selesai memakai kasut aku masuk ke dalam perut kereta.Suasana senyap hinggalah sampai di sekolah.Aku hanya melihat keluar tingkap.Teringatkan Isyrafi.Apa khabar dia disana?bahagiakah dia?mungkin dia akan lupakan aku.Lebih baik aku pilih Asyraf yang Sudah lama menyukaiku dalam diam.
YOU ARE READING
Kerana Dia..
Short Story[S L O W U P D A T E D] '*PERKAHWINAN PERMULAAN PENDERITAAN'* Aisyiqah, Kerana cinta dia terpaksa berkorban.kerana terhutang budi dia terpaksa relakan hati.Dia terpaksa menjaga 3 hati dan melukai hati 1 lelaki yang benar benar tulus mencintainya.K...