3tahun kemudian...
Mulai sekarang aku dah dibawah tanggungjawab Ad dan Adam.Jadi nasib akulah dapat abang otak tak center+kuat bebel.herghh bingit telinga.
Tambah tambah lagi Adam.Dialah paling kuat bebel dalam rumah ni.Pernah sekali dia bebel dekat Ad.Kesian AD dahla time tu dia baru balik kerja.Tak pasal pasal malam tu Adam kena tidur luar.
Hahahaha series kelakar tengok muka bajet comel dia..kena pulak dengan Ad yang macam singa.memang melengkapkan hidup aku dengan keletah mereka berdua.
Aku berjalan ke meja makan.hmm bingitnyaa!!Adam dah bebel.
"Haa,sampai pun kau Syiqah! Berjanggut tau tak aku tunggu..kau ni kalau nak datang lambat lain kali bagitau awal awal bolehla aku bedal nasi dulu.Kesian perut aku ---"
"Abang ni bebel macam nenek kebayan laa..pot pet sana pot pet sini"ujarku sambil tanganku membuat gaya muncung itik.Digerakkan ke kiri dan ke kanan.Wajah meluat aku tunjukkan.
"Eh,yang banyak pot pet pon ab--"
"Tah kau ni Adam.boleh naik pekak telinga aku dengar kau bebel.Umur tak padan dengan perangai"celah Ad yang sedari tadi diam.
Aku dan Ad kemudian ketawa terbahak bahak melihat muka cemberut Adam. 2 lawan 1,mananya nak menang.
Makanan sampai.
"Sorry,Adam,Syiqah,Adrian.Mak Jah masak lewat harini.Mak Jah tak sedar tadi terjaga lewat.pening punya pasal.Sarapan tadi pon mak Jah tak buat.Maafkan Mak Jah ye"
"Sokay Mak Jah"ujar kami bertiga serentak.
Ad berdehem.
"Mak Jah nak mintak tolong boleh tak?"soal Ad.
Semua mata memandang ke arah Ad.
"Apa Adrian?"
"Izinkan Ad,Adam dengan Syiqah nak panggil Mak Jah dengan panggilan Ibu.boleh tak?"
Aku dan Adam hanya tersenyum.Mak Jah pula jelas riak bahagia diwajahnya dan dia mengangguk sambil tersenyum.
"Thanks,ibu!"ujar kami lagi serentak.
Mak Jah tersenyum dan berlalu pergi tapi sempat dihalang oleh Adam.
"Eh,Ibu marilah makan sekali"
Mak Jah menggeleng sambil tersenyum.
"Eh,takpela Ibu ada kerja nak buat sikit.Makanlah ye nak.Ibu kenyang lagi" Kami hanya mengangguk dan mula menjamah makanan.
"Syiqah,kau taknak sambung belajar ke?"soal Adrian
Terhenti terus makan aku.Aku mengangguk.
"Kalau boleh tuu memang la nak.tapi duit tak ramai."
"Pasal duit don't worry aku boleh settle."
Aku pulak tercengang.Abang Ad ni kena sampuk hantu apa pulak dah? Dulu aku nak tapau aiskrim sebatang pon puas pujuk.Ni dia nak settlekan yuran aku nanti?bukan sikit.
"Ehh,takpayah la bang,Syiqah usahakan sendirilah"
"Kau tuu bawah tanggungjawab aku.so,keperluan kau aku kena tunaikan"ujar Ad lagi
Adam hanya makan tanpa menghiraukan suasana bising.Hm Adam dengan makanan tak dapat dipisahkan.
"Okey,tapi Syiqah taknak satu kolej dengan Isyrafi" Adrian mengangguk .
Faham benar dia dengan perangai aku.walaupun sebenarnya memang salah aku tapi ada La jugak time aku cerita dekat Ad tu kena marah teruk sebab mainkan Isyrafi.
YOU ARE READING
Kerana Dia..
Cerita Pendek[S L O W U P D A T E D] '*PERKAHWINAN PERMULAAN PENDERITAAN'* Aisyiqah, Kerana cinta dia terpaksa berkorban.kerana terhutang budi dia terpaksa relakan hati.Dia terpaksa menjaga 3 hati dan melukai hati 1 lelaki yang benar benar tulus mencintainya.K...