BAB 41 ( isyriq )

93 3 0
                                    

"kau kenapa Syiqah ?"soal Mikay dengan muka hairan .

Aisyiqah hanya diam dan menonton TV sambil mengunyah popcorn .Wajahnya yang tanpa segaris senyuman dan hanya wajah serius ditayangkan lagi menghairankan Mikay .

Apalah masalah mak buyung sekor ni .?

"Syiqah..."perlahan satu suara memanggil .

Syiqah menoleh sebelum mukanya semakin serius .

Mikay ikut menoleh dan pantas perasaan sayu itu menjentik hatinya .

Melihat abangnya yang bersusah payah membelikan Aisyiqah makanan tapi tidak dipedulikan oleh Aisyiqah.

"Tadi saya terdengar awak nak makan yang ni kan ? ..ni saya ada belikan...makanlah.."ujar Rayfers dengan riak wajah penuh berharap .

Aisyiqah hanya diam sambil menyambung makan popcorn nya .

"Syiqah..awak cakap nak makan aiskrim strawberi kan tadi ? Ni kenapa taknak pulak ?"soal Rayfers lembut.

Walaupun bajunya sudah basah kuyup , tak dipedulikan juga asalkan ibu mengandung dihadapannya dapat makan apa yang dinginkannya.

Mikay yang berada diantara mereka hanya serba salah .

Kenapalah dengan abang aku ni nak sangat dengan mak buyung ni ...

"Syiqah...."

"Kau apahal lagi ?!! Kau dah beli ..kaulah yang makan ! Apa pulak aku ?!aku tak suruh pun kau belikan..yang kau terhegeh hegeh belikan tu dah kenapa ? Ada aku suruh ? Eisyy!! Semaklah !"suaranya masih dikawal sebaik mungkin.

Pantas jelingan tajam diberikan .

Rayfers hanya menunduk dan beredar dari situ apabila dimarah.

Mikay memandang Aisyiqah tajam .

"Apa masalah kau ni syiqah ? Apa lagi yang tak kena kat mata kau ?"soalnya serius .

Aisyiqah menoleh memandangnya dan renungan tajam diberikan .

"Aku tak suka dia.."ujarnya mendatar .

Makin berasap Mikay dibuatnya.

"Kenapa kau tak suka abang aku ? Apa salah dia ? Kalau disebabkan dia kau kata pembunuh ! Hei ! Kau dengar sini ! Dah sampai ajal laki kau tu nak mati ! Dia matilah ! Abang aku bukan malaikat Izrail yang boleh cabut nyawa sesiapa sesuka hati ! Dia manusia biasa jugak weh macam kau ! Macam aku ! Ada hati ! Ada perasaan ! lagipun kau yang nak berjauh dengan laki kau tu kan ? Abang aku ikutkan je permintaan kau tu ! Sebenarnya kaulah punca laki kau mati ! Tapi kau yang tak sedar !kau asyik nak salahkan Abang aku ! Kau tahu tak dia bersusah payah cari tiket untuk kita balik Malaysia semula lepas dapat tahu laki kau tu koma ! Kau boleh bayangkan tak baru dua hari kita sampai luar negara tup tup kena balik ! Kau fikir Abang aku apa hah ? Robot ?!Fyi,Abang aku tak pernah bercinta dengan mana mana perempuan sebab dia tunggu kau !! Dan Itulah kebodohan abang aku yang tak dapat dibendung .Bila kau ada depan mata ..dia hargai kau lebih dari aku ! Walaupun aku ni adik dia ! Sebab apa ? Sebab sayang dan cinta lain maknanya ! Kenapa kau ni buta sangat ?! Kau nak betulkan arwah laki kau yang jelas jelas tak pernah cintakan kau ! Yang tak pernah sayangkan kau ! Yang kahwin dengan kau sebab nafsu ! Cuba kau bukak mata kau tu sikit ! Belajar bezakan kaca dan permata. Aku cuma nak cakap abang aku seorang yang terlalu penyabar dan jangan sesekali kau cabar kesabaran dia ..dan dia terlalu setia ..aku harap kau faham --- "

Panggg !!!

"Jangan hina arwah suami aku . "Balas Aisyiqah dengan suara bergetar .

Sebelum perlahan lahan air matanya mengalir .

Kerana Dia..Where stories live. Discover now