Adam menoleh ke belakang apabila dirasakan ada satu tangan yang mengusap belakang badannya.
Tergamam dia seketika.
"Kau buat apa kat sini? " Soalnya kasar.
Dia hanya tersenyum sedikit.
"Awak okey ke tak ni? " Soalnya sekali lagi tanpa mempedulikan soalan Adam.
Adam mendengus.
"Keluar." Ujar Adam, sepatah.
Dia menggelengkan kepalanya.
"Keluar." Arahnya sekali lagi. Sedikit tegas.
"Sara nak teman abang. " Ujar Qaisara, lembut.
Tajam mata Adam memandang Qaisara.
"Keluar Qaisara. Aku cakap keluar. " Arah Adam lagi.
Bergenang air mata Qaisara apabila melihat perubahan ketara pada Adam.
Tubuh susut itu dipeluk erat.
"Sara sayang abang... " Sayu suaranya sambil menyembamkan wajahnya pada Dada bidang Adam.
Adam terkedu.
"Keluar Qaisara. Tolong keluar. " Kalini nadanya sedikit lembut berbanding tadi.
Qaisara mengangkat wajahnya memandang Adam dengan air mata yang deras mengalir.
"Sara memang tak layak eh jadi isteri abang selama ni? " Soalnya sayu.
Adam memalingkan wajahnya ke arah lain.
"Keluar cepat. " Arahnya lagi.
Tubuh genit tersebut ditolak perlahan supaya keluar dari bilik air.
"Sara nak temankan abang.. Bolehkan?.. Sebagai isteri abang...? " Soal Qaisara sayu.
"Suka hati kaulah! " Adam menghempas kuat pintu bilik air tersebut dan dikunci rapat.
Badannya yang sememangnya sudah lemah makin bertambah lemahnya.
Isteri. Isteri. Berulang kali perkataan tersebut bermain difikirannya.
Dia sudah mempunyai isteri.
Tapi.
Dia harus meninggalkan isterinya.
Harus.
Perlahan lahan air mata mula bertakung pada kolam matanya.
Tak. Aku kena bahagiakan dia.
Sebelum aku pergi.
Yep. Aku kena.
Adam menyeka air matanya dari mengalir lalu tersenyum puas sambil membelek matanya hijau kekuningannya itu.
Yep,mata Adrian berwarna Hazel Dan matanya berwarna hijau kekuningan. Sebab mereka kembar tak seiras.
Adam membuka pintu bilik airnya dan jelas susuk tubuh Qaisara yang sedang baring mengiring dengan bahunya yang terhinjut hinjut. Jelas kedengaran esakan kecil dari gadis tersebut.
Adam mendekati isterinya lalu tubuh genit tersebut didakap sayang.
"Sara... " Panggilnya lembut.
Tergamam Qaisara seketika sebelum matanya terkelip kelip memandang suaminya.
Terhenti terus tangisannya.
"Ab--abang? " Soalnya tidak percaya.
Adam mengangguk dan sebuah ciuman hangat mendarat pada dahi licin Qaisara.
YOU ARE READING
Kerana Dia..
Short Story[S L O W U P D A T E D] '*PERKAHWINAN PERMULAAN PENDERITAAN'* Aisyiqah, Kerana cinta dia terpaksa berkorban.kerana terhutang budi dia terpaksa relakan hati.Dia terpaksa menjaga 3 hati dan melukai hati 1 lelaki yang benar benar tulus mencintainya.K...