bab 43 (the end)

125 2 0
                                    

1 tahun kemudian....

“hoih!! Kau buat ape tu? ”soalnya dengan senyuman apabila terliha t Aisyiqah bermain dengan anak ikan di kolam kecil tersebut.

Aisyiqah menjeling lelaki disebelahnya dan tidak menghiraukannya.

Padan muka kau!!

“Syiqah !!aku tanya ni... ”rengeknya dan Aisyiqah masih tidak menghiraukannya.

“Syiqah!! ”

“alalala... Syiqah!!---”

Pak!

“bisinglah kau! Diam sikit boleh? ”

“woi! Sakitlah!! Tampar tampar kepala orang pulak !heihh.. Pantang atuk aku ni kau tahu! ”balasnya geram.

“kau bisinglah Mikay.. Diam boleh tak? Semak otak kau tahu tak? ”

Mikay tersengih sebelum berlari meninggalkan Aisyiqah yang sedang duduk termenung di tepi kolam.

“buat apa tu? ”soal seseorang.

Aisyiqah menoleh sebelum pipinya merona kemerahan.

“bila balik? Tak bagi tahu pun.. ”soalnya malu malu.

Rayfers tersenyum manis.

“kenapa malu malu ni? ”lembut dia menyoal sambil matanya tepat memandang wanita dihadapannya ini.

Aisyiqah menundukkan wajahnya memandang rumput.

Rayfers mengukir senyuman yang semakin lebar dan Tengku Isyrafi yang berada didalam dukungannya dipandang manja.

Sesekali dia melagakan hidung mancungnya dengan si kecil tersebut.

“sayang... ”panggilnya manja.

Aisyiqah makin menundukkan wajahnya membuatkan Rayfers tertawa kecil.

“abang merajuk kang--”

“ehh.. Janganlah! Penat pujuk tahu sampai ke Maldives abang lari... ”ujar Aisyiqah .

Sekali lagi Rayfers tertawa kecil ,manis senyumannya yang mampu memukau mata yang memandang.

“bukan merajuklah.. Tenangkan hati je.. ”ujarnya sambil tersenyum.

“kau kan Fers.. Kalau duduk dekat Syiqah memang tak sah kalau tak senyum kan? Menyengihh jee memanjang... Geli aku! ”ujar Mikay dengan riak yang dibuat menyampah.

“eleh! Jeles lah tu! ”

“tak ada maknanya! Dah Isyraf.. Jom ikut uncle! Jangan tengok dua orang tengah bersemut ni.. ”ujarnya lalu menjelirkan lidah ke arah Rayfers.

Rayfers segera menutup mata anak tirinya itu.

“syaf, jangan tengok benda yang tak elok.. Ish kau ni.. Sengaja nak ajar budak tu jelir lidahkan? Tak baik tahu! ”

“lantak lah! ”dia segera mengambil Isyrafi dari dukungan abangnya dan bayi itu dibawa jauh dari pasangan suami isteri tersebut.

Aisyiqah dan Rayfers memandang sesama sendiri sebelum tersenyum sesama sendiri apabila mata mereka bertentangan.

“i love you. ”ucap Rayfers perlahan membuatkan Aisyiqah tersenyum malu sebelum membalas .

“i miss you... ”balasnya dengan sengihan panjang.







Kerana Dia..Where stories live. Discover now