"Surat ?"
"Haah ni.."Mikay menghulurkan Surat yang telah dimasukkan kedalam sampul .
"Aku keluar dulu eh ?"ujar Mikay dan terus keluar dari wad tersebut .
Doktor yang merawat Isyrafi satang dengan wajah cemas dan memeriksa nadi Isyrafi .
Seketika kemudian doktor tersebut menunduk sayu .
Dan kemudian menggelengkan kepalanya .
"Maafkan Kami Puan ,Kami tak dapat selamatkan suami Puan "
Aisyiqah sekali lagi hampir terjelepok jatuh.Mujur abang abangnya prihatin tentang keadaan dia .
Hatinya hancur walau dia sudah tahu kenyataannya tapi apabila doktor mengesahkan tentang keadaan suaminya ,bertambah hancur hatinya .
"Abang...dia.."ujar Aisyiqah tersekat sekat .
Tangannya yang memegang sampul Surat terketar ketar .
"Dah Syiqah !tak elok meratapi kematian orang yang telah meninggal .Terseksa roh dia nanti "Nasihat Adam sambil mengusap kepala adiknya yang berlapik tudung .
Syiqah terdiam .
"Em..Puan..izinkan Kami uruskan jenazah pesakit "ujar doktor yang bertugas .
Aisyiqah mengangguk lemah .
"Abang..nanti abang tolong uruskan jenazah suami Syiqah eh..Syiqah penat..Syiqah nak balik..Syiqah tak sanggup untuk hadapi semua ni "ujar Aisyiqah sayu sambil air mata masih tetap mengalir .
Dia mencium dahi Isyrafi buat kali terakhir dan ditatap sayu wajah pucat tersebut .
"Hensem sungguh suami Syiqah ni..tak sangka dalam banyak banyak perempuan ..Syiqah yang abang pilih..terima kasih abang ..Syiqah Sayang abang "dia mencium pipi pucat tersebut penuh kasih .
Dan kemudian dia melangkah longlai keluar dari wad yang menempatkan suaminya .
Tiba tiba tangannya ditarik lembut dari belakang .
"Syiqah biar aku hantar kau balik rumah ..Biar Adam urus jenazah suami kau "ujar Adrian lalu memeganv erat tangan adiknya dan dibawa sehingga keluar dari hospital .
Dia masuk ke dalam perut Kereta Mazda r8 hitam milik Adrian .
"Adam nanti balik naik kereta apa ?"
"Tu..."
Adrian menunjuk ke arah kereta Lamborghini merah yang diparking sebelah Kiri Adrian .
"Amboih !"
"Hehehe..tak rela aku naik sekali dengan dia !kang lingkup kereta aku sebab dia .tangan dia bukan reti duduk diam diam "
Aisyiqah hanya tersenyum hambar .
Sesampai di rumah,Syiqah terus berjalan masuk ke dalam biliknya .
Dia berbaring lemah pada katil tersebut dan tangannya perlahan lahan membuka sampul Surat tersebut .
Dia melihat isi dalam surst tersebut dan menciumnya seketika .
Wangi.
Dia membuka lipatan surat tersebut .
Dan ada beberapa helai Surat yang telah ditulis untuknya .
Dia membuka helaian pertama.
Assalamualaikum, Cinta hati abang.
Pertama sekali abang nak minta maaf sangat sangat kat sayang sebab abang tak pernah menjalankan tanggungjawab abang sebagai suami.hmm bodohkan abang ?😔
YOU ARE READING
Kerana Dia..
Short Story[S L O W U P D A T E D] '*PERKAHWINAN PERMULAAN PENDERITAAN'* Aisyiqah, Kerana cinta dia terpaksa berkorban.kerana terhutang budi dia terpaksa relakan hati.Dia terpaksa menjaga 3 hati dan melukai hati 1 lelaki yang benar benar tulus mencintainya.K...