bab 37 (penting ke?)

79 2 1
                                    

"Syiqah.. Ni Raymonds suruh tanya kau ni " Ujar Mikay.

"Apa? "

"Kau taknak datang rumah kitorang ke? Mak aku rindu gila nak jumpa dengan kau.. Then, Monds kata kalau nak datang ajaklah abang abang kau sekali... "

"Ad dengan Adam Kerjalah.. " Ujar Syiqah bosan.

"Habis, kau kat mana? "

"Kubur.. " Ujarnya perlahan.

"Kau---" Belum sempat Mikay menghabiskan ayatnya pantas Aisyiqah mencelah.

"Ye, aku melawat dia.. " Ujar Aisyiqah sayu.

Tiada lagi kata kata keras.

"Jomlah abang aku ambil kau pergi checkup " Ujar Mikay memberi cadangan.

"Aku taknak!! "

"Okey okey.. Aku ikut "

"Tak payah.. "

"Pleaselah Syiqah.. Kau tu mengandung... Bagilah abang aku bawak kau pergi checkup... "

"Pengawal abang aku ada... " Ujar Syiqah, beralasan.

"Nanti abang aku datang---"

"Abang kau kerjalah!!! " Jerit Syiqah dengan wajah merah padam.

"Hello? Syiqah ke? " Suara lain pula bertanya.

Syiqah terdiam sebentar.

"Taklah.. Nenek kebayan mak limah ni " Ujar Syiqah loyar buruk.

Terdengar tawa kecil dari hujung talian.

"Aku ambil kau eh? " Soal Rayfers.

"Kau kerja.. Tak payah gatal nak datang sini.. Aku cepuk kau kalau kau berani datang " Ujar Syiqah lalu terus mematikan talian.

Aisyiqah menyandar pada sofa yang diimport dari Italy tersebut.

Matanya memerhati segenap ruang tamu tersebut.

Patutlah rumah macam istana rupanya villa.

Barulah Aisyiqah tahu apabila dia sempat terbaca pada papan tanda dihadapan pintu pagar rumah nya.

'Adams de villa '

Aisyiqah bangun dan berjalan di segenap ruang tamu tersebut.

Matanya memerhati banyak perkataan yang tidak difahami olehnya.

Tetapi matanya lebih tertarik pada ayat yang terletak elok di dinding tersebut.

"¿Quédate conmigo? "(Will you stay with me?)

-"si por supuesto mi Amor🌷"(of course ,my dear)

Berulang kali Aisyiqah membaca perkataan tersebut.

Walaupun dia tidak memahami walau sepatahpun perkataan tersebut tetapi ayatnya kedengaran indah.

Pin!  Pin!

Bunyi hon diluar menandakan seseorang sedang menunggu.

Tanpa melihat gerangannya, Aisyiqah sudah tahu siapa.

"Dalam aku cakap jangan datang.. Sibuk jelah! " Rungutnya sendirian.

Aisyiqah masih menatap frame yang tertulis perkataan yang tidak difahaminya itu.

Kerana Dia..Where stories live. Discover now